Showing posts with label ringan-ringan. Show all posts
Showing posts with label ringan-ringan. Show all posts

30 November 2015

Pelam Asam Boi

Orang dah lama ke laut, kau baru nak terjun berenang. Tapi berbaloi buat benda nih. Cek dah try dengan macam-macam buah, yang best pelam siam yang lemak-lemak panjang tu. Tak tau apa nama dia. Sekilo rm5 kadang boleh cecah rm7. 

Bahan dia senang saja. 
  • asam boi
  • gula
  • cili padi
gaul saja semua dalam pelam yang telah dikupas dan dipotong panjang-panjang. simpan dalam peti ais semalaman. 


24 May 2011

cucur udang dan zucchini

 bila jalan-jalan di bahagian sayur di jusco, chun terpandang zucchini ni. hajat hati nak buat salad. lama benar dah nak try stuffed zucchini flower macam jamie oliver buat. masuk cheese filling dalam bunga, celup tepung pastu deep fry. mesti mengancam kan? cuma tak pernah la nampak zucchini flower tu kat supermarket lagi. yang ada cuma zucchini ni jer.
zucchini, chun panggil timun omputih :p 
mula tu berhajat nak buat salad. guna simple salad dressing saja. kendian teringat yang nigella lawson pernah parut dan buat cucoq dengan zucchini ni. so, what the heck, try jer la. kena plak petang tu ada geng datang melepak, boleh gak makan ramai-ramai.

selain zucchini, tambah juga grated carrot
bahan-bahan

  • 300gm tepung gandum
  • 100gm udang putih
  • 1 cawan zucchini diparut
  • 1 cawan carrot diparut
  • garam
  • daun bawang - potong 1 inci panjang
  • 1/2 cawan air panas
  1. masuk semua bahan dalam mangkuk.
  2. tuang air panas dan selebihnya air biasa dan kacau hingga mendapat konsitensi yang sepatutnya.
  3. goreng hingga kekuningan. 
  4. sedap dicicah dengan sos cili atau kalau rajin, buatla kuah kacang.







14 March 2011

tauhu lembut goreng ranggup

tauhu ni chun tengok dalam rancangan kylie kwang - simply magic dekat AFC channel di astro tuh. dia tunjuk guna tauhu lembut yang dibungkus dalam kotak empat segi tu. boleh dibeli di pasaraya dengan harga seringgit saja. potong dadu dan gaul dengan tepung jagung dan goreng terendam.

tauhu yang chun guna pula jenis yang lembut tapi bukan dalam kotak. ni dibeli dikedai runcit saja. sepotong 50sen. putih bersih warnanya. potong dadu dan gaulkan dengan tepung jagung yang telah dicampur dengan satu camca teh serbuk jintan manis dan secubit garam. goreng hingga kekuningan.

untuk sos cicah pula, chun blender 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 cili padi dan sedikit karot. masak atas api sederhana selama 5 minit. masukkan cuka dan segenggam gula. pastikan ada rasa masam, manis dan pedas. akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.

19 February 2011

sticky chicken wings : sayap ayam melekat lekit

resepi ni chun google dah lama. siap simpan dekat desktop. takut lupa dah payah la pula nak cari dah. bila tengok ramuannya, semua kebetulan ada dalam stok. jadi perlu cari sayap ayam saja. sangat tak suka bila makan di pizza hut, chicken deli wings tu selalu rasa tak sama. kadang kering rentung ayam tu.

bila dah jumpa resepi mudah dan memang popular pun kat my resepi nih, rugilah kalau tak buat kan? nak ratah pun menarik nih. chun makan dengan mee udon yang digoreng dengan kicap dan sawi. tak perlu nak panggang atas bara api atau dalam oven.

resepi  dari mutiarazura @ my resepi.
bersedialah untuk melihat resepi baru ini semasa bbq hari raya nanti wahai adikku, nuon :-p


chun kopipes saja. thanks for the lovely recipe ya :)

bahan-bahan
  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu 
  • chun tambah beberapa titik sos seasoning maggi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!


16 December 2010

burger spesel

ni semua gara-gara teringin nak berburger untuk dinner. dok pikir apa benda yang senang nak masak dan cepat di makan. mula tu ingat nak makan maggi je, tapi sungguhla tak sesuai. isi rumah dah la 7 orang. kang kembang maggi kalau buat banyak-banyak. 
chun baru perasan yang gardenia ada jual roti burger yang dah siap dihiris dua. balik sapu mentega dan bakar saja. ada 5 biji roti berharga rm1.90. chun guna burger daging ramly. letakkan sedikit seasoning maggi semasa mengoreng daging. bila dah masak, letakkan hirisan keju. kalau nak cantik lagi, cairkan keju di dalam oven. gunakan mode grill. 

antara isi burger spesel ni ialah;
  • salad
  • timun dan tomato yang dihiris nipis. 
  • bawang dipotong bulat-bulat dan digoreng dengan minyak sedikit sehingga agak kelayuan dan toskan. 
  • telur digoreng mata kerbau.
  • sos cili maggi 
  • mayonis 
dah siap semua bahan, letak jer atas meja dan assemble la sendiri. nak tinggi mana? berapa lapis?
janji makan sampai habis. 

26 November 2010

nugget ayam yummy

 bersempena dengan ramainya orang berkumpul di rumah chun bersempena aidil adha dan perkahwinan cik Mun, maka terhidang la nuget ayam di atas. ayamnya dibeli di tesco. yang paling tak tahan tu, kalau hari-hari biasa, sangat payah la nak jumpa daging ayam segar yang telah di deboned kan di bahagian paha. tetiba bila tiba musim haji, depa jual la pula. iskkkk.. tetiba tau.

dan harganya. mak aiiii.. dekat seploh hengget sekilo. kalau nak banding dengan harga ayam biasa yang mereka war-warkan dalam 6.++ sahaja. kenapa tiba-tiba emo ni cek chun? mana tak nya, bila time nak beli ayam  6 hengget, tetiba takde stok la pula. sian my daddy. tunggu punya lama. orang tesco kata, kejap lagi stok baru sampai. dekat dua jam tunggu apa pon tarak. last-last dia ambil isi ayam ni la. yang sepatutnya kita guna buat chicken chop.

chun potong kecil-kecil dan salut dengan tepung goreng Bistari saja. di cicah pula dengan mayonis dibawah ni.  resepinya dapat dari incik mat gebu, semasa chun komen pasai pasta olio beliau yang menggunakan capers.

mayonis ala mat gebu
  • capers - dipotong halus 
  • mayonis - pilih yang berkualiti untuk dapatkan rasa yang umpph
  • fresh black pepper
  1.  semua bahan di gaul rata.

08 November 2010

pernah makan ni?

mesti pernah tengok kan benda alah ni. ada pedas, ada masam sikit dan paling penting rangup sangat. mula-mula beli dulu, kentangnya sangat lembik. tak elok pon goreng nya. sebab ramai yang menunggu tu yang buat chun pun tertarik.  lepas tu chun banned gerai tersebut.

selepas beberapa bulan, gerai pon dah bertambah popular, kuali pon dah cantik, elok untuk mengoreng kentang ni banyak-banyak. chun pun cuba untuk kali kedua. wahhh.. sangat sedap. rapuh tu yang tak tahan. krup krap krup krap mengunyah. cuma sos cili dan mayonis dan sos bbq tu yang kurang menarik. chun rasa dia guna brand murah. dimana nak dapat ni? dekat pasar malam berdekatan je. satu rm2.
*
*
*
*
*
*
*

14 October 2010

toast bread with scrambly egg

 pagi-pagi ni makan breakfast macam ni best juga. kena pulak semua masih panas-panas. nikmat!! silap-silap bertambah-tambah. opsss.. 1 biji telor sudah yaa. misi mengempis perut dan badan perlu dilaksanakan secepat mungkin.

telur tu cuma dipecahkan dalam minyak extra virgin olive oil yang panas, letak black pepper dan beberapa titis sos L&P. angkat dan letakkan atas dua keping roti yang telah dibakar dan disapukan planta.

kacang hazelnut tu lebihan hari raya lepas. chun cuma goreng atas api perlahan, letak sikit minyak zaitun. sepatutnya dibakar di dalam oven hingga rangup saja. tapi sebab dah malas, goreng saja.

*sebenarnya chun baru nak try guna schedule entry ni. Nak bagi entry ni keluar pagi-pagi besok. Roti dah lama lesap dalam perut. dimakan untuk dinner tadi. Mudah disediakan untuk orang yang lapar tetapi datang mood malas :)


07 September 2010

cucoq kodok

burok betoi bunyi cucoq ni. tapi memang tak kena mengena dengan itu binatang ya. kalau kat utara, depa panggey coqkodok saja. nak buat pon senang. cuma tunggu pisang masak sampai ranum pastu lenyek jer. selalunya guna pisang awak. kalau pisang tu keras dan montel lagi, depa buat pisang goreng. kalau dah masak ranum dan lembek dah sapa pon takmau makan, maka jadilah coqkodok ni.

rasanya semua orang tau buat ni. cuma chun tambah kelapa kering brand Nona dalamnya. selepas pisang dan sedikit gula dah kena lenyek, masukkan tepung dan kelapa kering ni. jangan letak tepung banyak sangat, nanti keras. kacau sebati dan goreng dengan minyak banyak.

01 September 2010

roti tuna gulung

asalnyer nak buat puff tuna. chun dah beli puff pastry Kawan. letak dalam peti sejuk, dah 3 ari dalam tu. bila nak buat je, tengok-tengok dah tumbuh kulat. apa la silap nih. rasanya sebab letak dekat bahagian bawah fridge kot. tengok tarikh luput, lambat lagi, tahun depan baru expired. inti dah siap, last-last suroh adik p beli gardenia.

roti ni buat chun gelek dengan gelas ja. dekat rumah kampung memang takda roling pin semua :) improvise yer. ambik je apa yang ada kat dapor tu. letak inti, gulung dan lekat dengan telur. patutnya lekat dengan bancuhan tepung gandum, tapi yang tu pon takda :))
bahan-bahan
  • 1 tin kecil tuna dalam air
  • 2 biji bawang besar - potong dadu
  • sedikit cili kering dan bawang besar - blender
  • sos tiram
  • garam
  • gula
  1. tumis bahan blender sampai naik minyak.
  2. masukkan tuna dan bawang.
  3. kacau hingga bawang layu, masukkan semua perasa. sejukkan sebelum di gulung dalam roti.
  4. celup dalam bancuhan tepung goreng serbaguna. chun guna brand Bistari. goreng dengan minyak banyak hingga kekuningan.
** guna bancuhan tepung ni dapat elakkan roti jadi sarat dengan minyak, berbanding di celup dengan telur.

25 August 2010

roti jala

durian masih ada dalam tapawe. ada la 4-5 biji masa abah bawak semasa ramadhan ke dua lagi. kalau simpan lama-lama, rosak la jawabnya. nak makan macam tu, chun still on medication. last-last tanya kawan-kawan cara nak buat serawa durian. boleh cicah dengan roti jala@roti sorai -bak kata orang kedah.

bahan bahan
  • 5 ulas isi durian
  • rm2 santan
  • 2 helai daun pandan
  • gula secukop rasa
  • 1camt garam
  1. semua bahan ini di masak atas api sederhana selama 15 minit.
bila kuah dah siap, jenuh pula cari acuan roti jala nih. ingat ada beli, cari dah tak jumpa. takkan nak dadarkan macam tu saja kot. adehhh.. pastu tringat kat blog otai-otai masakan, depa guna botol sos yang plastik tu, tapi chun mana ada menda alah tu... last-last ambik paku ketuk kat tudung botoi nih. senang gak rupanya nak menjala. guna wok besar lagi la besar hasilnya :)

bahan bahan roti
  • 200gm tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1camt garam
  • 1 telur
  1. semua bahan ni di blender sampai bercampur elok dan dibiarkan selama setengah jam. baru di gunakan.
besoknya ada lebihan kuah lagi, kukus ja pulut. kuah plak chun tambah dengan gula kabung. memang tak manis kalau chun masak :P

16 August 2010

wantan goreng

wantan goreng rangup, enak dimakan begitu saja :) dah banyak kali chun buat wantan ni, macam-macam jenis inti dah cuba. paling suka wantan sup. lembut dan senang nak makan terutama pada kanak-kanak atau orang tua.

bahan-bahan:
500gm isi udang
3 biji sengkuang cina - water chestnut
sedikit halia
2 titik minyak bijan
sedikit lada hitam
garam
gula
1 camb sos tiram

1. udang, halia dan sengkuang di cincang halus.
2. campurkan semua bahan dan gaul rata.
3. letakkan sesudu inti diatas kulit wantan, sapu air di keliling kulit dan tutup.

p/s kalau nak tengok cara membentuk kulit wantan, boleh cari di you tube :)

06 August 2010

sup ayam sempoi

so, orang saket patot makan apa? semua benda tak lalu dan rasa pahit mulut saja. kena makan sebab nak makan ubat. rabu lepas rasa rajin terlebih maka bangunlah dan masak sup ayam. hari sabtu sampai kamis, cuma boleh makan roti bakar saja untuk lunch and dinner.

bila nak masak sup, merata chun cari kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih. tak jumpa. rasanya dah ter buang nih. selalu memang ada stok. pakai hentam saja la labu. janji jadi sup ayam. benda rebus-rebus ni senang sikit.

bahan-bahan yg ada dalam rumah:

3 ketul paha ayam. potong halus halus
3 ulas bawang putih - jangan potong
2 ulas bawang besar - potong baji
1 daun bay

semua bahan ni di rebus sekali. buang lemak-lemak yang terapung semasa sup mendidih. masukkan bahan perasa. sebab malas nak masak moi atau nasi, chun letak beberapa pasta ni di dalam sup dan masak dalam 1o minit.

29 July 2010

cendawan goreng tepung lagi dan lagi

masakan goreng-goreng ni memang la faberet sapa-sapa pon. masalah nya bila dah makan banyak-banyak, tau la apa jadi. kolesterol pon banyak. makanlah secara sederhana dan di ambil sebulan sekali sudah. tepung goreng ini chun beli di sekolah. kawan bawak jual. sekilo rm7. cara nak masak pon senang. kalau nak goreng ayam, cukuplah dengan gaul dengan tepung ini, kemudian goreng hingga masak. tak perlu letak telur atau garam dahulu. chun try bancuh tepung ni dan celup cendawan. hasilnya tak mengecewakan. apa-apa sayuran pon boleh di gunakan seperti membuat tempura juga.

tepung perlu dibancuh cair seperti tepung goreng pisang. sayuran hendaklah di gaul dengan tepung gandum dahulu baru dicelup dalam adunan tepung ini. cubaan pertama ini menggunakan minyak zaitun. mungkin sebab itu warnanya agak kemerahan. cendawan ini sangat besar kerana baru saja dipetik dari ladang. chun beli di pasar malam, cuma rm3, sangat berbaloi-baloi.
udang ini juga di buat dengan cara yang sama.
bila balik kampung, chun goreng untuk keluarga ratah-ratah. warna pon agak lain kan. ini menggunakan minyak masak biasa.adik lelaki yang tingkatan 1 tu pula tunjuk kemahiran dia memasak. habis sosej di gorengnya. kami makan sosej ni dengan roti. lepas dinner malam tuh. takyah dok pikir nak masak apa dah :)

sardine puff

seronok tengok puff dekat bakeri. ada letak sardin, tuna, ayam. kerap yang ada puff pedas. kalau yang manis mesti ada buah dalam nya. macam bluberi dan epal. ari ni chun try buat puff sardin untuk makan- makan dekat sekolah. hari tu masa berjalan jalan di tesco, terserempak dengan pastri puff KAWAN ni. harga 4.50, ada 10 keping. boleh buat 5 puff yang besar yang selalu kita nampak di bakeri tuh. untuk inti sardin: terpulang kepada tekak masing-masing. boleh letak tuna, telur, sosej. sardin ni pon bergantung kepada cara masakan masing-masing. nak pedas tambah je cili kering lebih-lebih.

6 cili merah
3 cili padi
sedikit halia
1 bawang besar
semua bahan ini di kisar halus.

5 bawang besar - dipotong dadu
sedikit air asam jawa
1 sardin saiz sederhana - ayam brand

1. tumis bahan kisar sampai naik minyak.
2. masukkan asam dan bahan perasa - garam, gula, knor secukup rasa
3. masukkan semua sardin bersama sos di dalamnya. hancurkan sardin.
4. masukkan bawang dan biar hingga bawang agak layu. sejukkan sebelum letak di pastri.

1 kuning telor untuk disapukan diatas pastri. cara mengisi inti
1. ambil sekeping pastri dan potong 4. 2 bahagian di toreh dengan pisau. bahagian ini untuk diletakkan di atas inti. 2 lagi untuk bahagian bawah. sekeping pastri dapat menghasilkan 2 puff kecil.
2. cucuk dengan garpu keliling pastri. sapu kuning telor. pastikan kuning telur tidak menitik atas dulang bakar untuk mengelakkan dulang hangit.
3. bakar pada 200C api atas bawah oven selama 17-20 minit.

15 July 2010

cendawan goreng tepung

cendawan goreng ni untuk breakfas kami di pagi hari kenduri tu. basuh cendawan kemudian sejatkan. kalau tengok kat tv, chef2 tu cuma lap ngan kain lembab jer. tapi chun lak tak tergamak nak makan dengan pasir2 atau tanak2 yg ada kat cendawan ni.
celup dengan telur, kemudian ke tepung gandum. tq adik ku kerana jadi model kejap :)
las sekali celup ke bancuhan tepung KENTUCKY. mula2 tu tak bancuh tepung tu. tapi masin beno rasanya. cendawan pon tak rangup. rupa cendawan tu yg dekat bawah dalam gambar ni. cendawan yg atas yg kembang semangkuk tu pulak bila tepungnya dibancuh dengan air seperti kita buat goreng pisang.

02 July 2010

mempelam syiok

hampir kebanyakkan orang perempuan suka menda ni. petang2 je kat beranda, bersidai sambil menyicah pelam. keliling rumah chun penuh dengan pokok2 pelam. ehh..banyak ker.. ada la 3- 4 pokok. ada pelam telor - buah besar2 telo tuh, pelam sala, dah lupa la apa kenama dah. tapi kami kenyang la makan pelam2 nih. sampai aruah tok kena sembunyi@bagi warning kat cucu2 suroh simpan sedikit untuk dia rasa pelam yg masak kat pokok. hehehe ni lah rupa cecah kat atas tuh. kuah rojak mak bee.sangatlah pemes kat alor staq sana. chun rasa la tuan dia nih asai penang kot. tapi la ni dok kat alor staq..hehehe.. pandai la aku mereka cerita. setepawe nih harga rm3.00, beli kat pasar malam. kat gerai di tesco alor staq tu juai 4-rm10. kalau p kilang dia terus, dapat la satu rm2.

ni rupa isi dalam tu. ada kacang2. ada letak gula merah. bila bukak jer, kacau rata2, colek dengan pelam atau jambu. SYIOK weyyy!!!!!

11 April 2010

crabstik rangup


menu ni dapat masa dok jalan2 kat blog orang kelmarin.. dah lupa la tuan tanah nyer.. sori la. tuan dia masak campur ngn kunyit, garam n serbuk cili. chun lak boh rempah ayam panggang tuh. pastu letak garam sket. sebelum tu crabstik filament ni kena la hiris nipis2 camni dulu. bukak jer lapisan2 tuh. bubuh rempah dan trus goreng. leh simpan wat kudapan or mam ngan nasi..

13 March 2010

sagu gula melaka

gula melaka ni dah lama chun beli. ari tuh belek2 blog, nampak otai wat dendeng daging, kena guna gula melaka n lots of bawang goreng. besnyer. tringin nak try.. las2 dok dalam gobok jer gula melaka nih..

sebb dah teringin nak wat lama dah benda alah ni, ari tuh p Giant, chun nampak ler sagu kaler ijau nih. dalam 2 hengget sepaket. ok la tuh. kang kembang mesti banyak dapat hasil nih.hehe

chun rendam dulu dalam sejam. pastu didihkan aiq. masak ler sagu nih sampai jernih bijinya. pastu tapis n basuh sket. chun p basuh byk2 la.adess.las2 sampai tak lekat pon sagu nih.

masa tgok FOOD SAFARI, ada bagi petua nak lekatkan sagu nih. dia pukul sket putih telo dan campor kan dalam sagu nih. chun pun try gak. tapi tak lekat ler..adehhh.. mesti kanji sagu nih dah abih hilang gara2 basuh terlampau nih..

gula melaka chun masak ngan daun pandan dan sedikit air. tapi chun dah terlajak air ler. ceroi semacam jer jadi nya.

santan lak blender kelapa ngan air panas. tapis n letakkan sikit garam. lepas tuh air gula n santan letak dalam peti sejuk. benda alah ni sedap dimakan sejuk2 jer.. senang kan :D

25 February 2010

roast pumpkin

lamanya tak apdet :P biasala bila diuji, hati ada siket goyang da. pasrah je la. banyak post dah tertunggak. pic dah belambak2. nanti la pelan2 chun aplod.

ari tuh (ntah lama sangat dah.. sabtu bila ntah) bila p pasar malam, chun nampak labu nih. cantek comey je. ingat nak wat cekodok labu. tapi dok peram menda ni dalam peti ais. las2 tak ingat dah. bila kosek2 dah nak rosak labu nih..hehe.. so chun wat yg senang je la. for dinner. kebetulan AFC tayang jamie at home. dia dok bakaq labu dalam oven batu kat luaq umah dia tuh. macam bes jer. so chun try la.

labu nih letak oregano, black peper, salt, n olive oil. pastu bakaq ja.200c lebih kurang setengah jam atau dah nampak kuning gold tu leh la angkat. rasa dia cam pelik sket r. hehe.. besa la mulot melayu. sesekali nak try apa salahnyer :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...