25 August 2010

roti jala

durian masih ada dalam tapawe. ada la 4-5 biji masa abah bawak semasa ramadhan ke dua lagi. kalau simpan lama-lama, rosak la jawabnya. nak makan macam tu, chun still on medication. last-last tanya kawan-kawan cara nak buat serawa durian. boleh cicah dengan roti jala@roti sorai -bak kata orang kedah.

bahan bahan
  • 5 ulas isi durian
  • rm2 santan
  • 2 helai daun pandan
  • gula secukop rasa
  • 1camt garam
  1. semua bahan ini di masak atas api sederhana selama 15 minit.
bila kuah dah siap, jenuh pula cari acuan roti jala nih. ingat ada beli, cari dah tak jumpa. takkan nak dadarkan macam tu saja kot. adehhh.. pastu tringat kat blog otai-otai masakan, depa guna botol sos yang plastik tu, tapi chun mana ada menda alah tu... last-last ambik paku ketuk kat tudung botoi nih. senang gak rupanya nak menjala. guna wok besar lagi la besar hasilnya :)

bahan bahan roti
  • 200gm tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1camt garam
  • 1 telur
  1. semua bahan ni di blender sampai bercampur elok dan dibiarkan selama setengah jam. baru di gunakan.
besoknya ada lebihan kuah lagi, kukus ja pulut. kuah plak chun tambah dengan gula kabung. memang tak manis kalau chun masak :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...