tetiba tekak teringin nak makan gulai tulang. kebetulan jumpa orang jual daging semasa singgah di pasar ramadhan Simpang 4, Alor Star. pakcik tu jual sepinggan tulang RM10. chun buat 500gm saja. merata tanya cara nak masak gulai daging kat kawan-kawan..hehehe.. selalu benda alah ni, mak saja yang buat, kita balik makan jer.
bahan-bahan
500gm tulang
1 bungkus rempah daging Babas
2 biji bawang besar -blender
4 bawang putih - blender
4 cili kering -blender
sedikit halia - blender
sedikit asam jawa- guna adabi punya, 1camt dah cukup
3 biji kentang - potong 4
rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
1. tumis rempah kemudian masukkan sedikit bahan yang di blender. kacau hingga kekuningan.
2. masukkan rempah daging, lebihan bahan blender, asam jawa dan sedikit air. kacau 5 minit.
3. masukkan daging, masak atas api perlahan hingga empuk. masukkan kentang.
4. masukkan air sebagai kuah. chun tak guna santan.
* gulai ni minyak banyak sebab tak boleh nak buang lebihan lemak tuh. pandai-pandai la makan kuah bawah saja ye :)
** dok seronok rebus tulang, tetiba gas habis!!!! don't panic. ubah semua ke dalam rice cooker dan rebus sampai empuk.
No comments:
Post a Comment