segala jenis kerabu ni cik munah la yang pandai buat. dia ni sepupu chun kat kampung. aruah tok perturun ilmu kat dia. selalu kalau kami semua nak makan, memang dia la akan blender semua bahan. kami jadi tukang potong saja.
bahan yang sama ini boleh juga digunakan untuk membuat
1. kerabu daun selom
2. kerabu daun kadok
3. kerabu tauge
4. kerabu perut (tambah kerisik bersama bahan blender)
bahan-bahan
4 biji mangga
6 biji cili kering
RM1 kelapa parut
RM1 udang kering
sedikit asam jawa
garam
gula
1. mangga dihiris halus memanjang. chun guna pisau pemotong untuk kerabu.
2. semua bahan-bahan diatas di blender halus.
3. gaulkan.
4. simpan dalam peti sejuk.
ni kerabu daun kadok dan mangga. mak yang buat. mangga tu ambik depan rumah jer kat penang ni. makcik tuan rumah yang tanam :)
No comments:
Post a Comment