Showing posts with label pastri. Show all posts
Showing posts with label pastri. Show all posts

18 February 2011

pumpkin pie


 sudah lama chun teringin nak mengepai. tapi part nak menggelek itu membantutkan harapan. bila tengok si rachael alan dalam Bake, terus keinginan melonjak kembali. mudah rupanya dia bagi tip. caranya simpan doh dalam plastik cling wrap selama 30 minit dalam peti sejuk. kemudian lapik cling wrap atas permukaan meja kerja dan gelek sebesar acuan. tak perlu nak tabur tepung dan perkakas mengelek pun bersih cantik.

jumpa pula sebelah labu ni cuma rm2 kat pasaraya, terus grab la. balik rebus, lenyek dan simpan dulu dalam peti sejuk. esoknya baru mula sessi mengepai. chun guna beras untuk letak atas pai semasa blind bake. beras tu boleh disimpan dan digunakan untuk sessi mengepai yang akan datang.

dah lama dok usya blog k nannie nih. teruja tengok dia punya tajuk - pai labu sedapnyaaa.. ya kak..memang sodap ni. kawan-kawan pun setuju. ni chun kopipes saja dari blog nannie.



SWEET SHORT CRUST PASTRIES

Ingredient:
A
200gm plain flour
20gm milk powder
11ogm butter
50gm icing sugar
1 1/4 salt

B
2 1/2 table spoon water

METHOD :

-Mix ingredients A till crumbly . Add in ingredients B, mix to form dough.

-Shape it into ball and press it flat. wrape it up with plastic and chill it in refrigerate for 30 minutes.
Ingredients:
1 portion sweet short crust pastry

Fillings:
A
400gm pumpkin

B
110gm brown sugar
120ml UHT whipping cream
3 eggs [B]
1/2 teaspoon ground cinnamon
1/2 teaspoon groung ginger
1/8 teaspoon groung clove
1/2 teaspoon salt

METHOD:

Dough:
-Roll short crust pastry into 3mm thickness,press it into mould. Bake in preheated oven at 175 degree celcius for 15 minutes or untill the pastry turns light golden brown.Remove and set aside.

Fillings:
-Steam pumpkin untill softens. Mash it and mix it with Fillings B.Filter it.

-Pour the fillings into pie mould, bake in preheated oven at 180 degree celcius for 40 minutes.

10 October 2010

cara merebus pasta

pasta ada bermacam jenis dan bentuk. nama pun berbeza. antaranya spageti, fetuchini, makaroni, lasagna, bow pasta. cara nak merebus dan memasak pon bermacam-macam jenis. selalunya pasta direbus dahulu sebelum di masak dengan sos.

  • baca arahan di paket. ada 5, 7 dan 8 minit bergantung kepada jenama.
  • guna air yang banyak dan periuk yang besar saiznya dari pasta.
  • letak garam dalam 2-3 camca besar. ini petua dari jamie oliver. jadi apa-apa sos spageti yang bakal di buat nanti, tidak perlu garam yang banyak.
  • letakkan 1-2 camb. minyak zaitun dalam air rebusan yang mendidih untuk mengelakkan spageti melekat.
  • tidak perlu untuk basuh pasta di bawah air paip, cukup dengan toskan air di dalam penapis.
  • simpan sedikit air rebusan untuk digunakan semasa mengoreng pasta.
  • kalau boleh, beli spageti yang berjenama. dulu chun pernah beli yang murah dan bekasnya di dalam kotak saja. bila dibuka, semuanya dah patah-patah.
*chun tulis ni berdasarkan pengetahuan yang ada dan pengalaman yang sedikit cuma dalam memasak pasta. masih belajar dari kesilapan dan jika ada petua lain, silalah tegur. sama-sama kita belajar :)

29 July 2010

sardine puff

seronok tengok puff dekat bakeri. ada letak sardin, tuna, ayam. kerap yang ada puff pedas. kalau yang manis mesti ada buah dalam nya. macam bluberi dan epal. ari ni chun try buat puff sardin untuk makan- makan dekat sekolah. hari tu masa berjalan jalan di tesco, terserempak dengan pastri puff KAWAN ni. harga 4.50, ada 10 keping. boleh buat 5 puff yang besar yang selalu kita nampak di bakeri tuh. untuk inti sardin: terpulang kepada tekak masing-masing. boleh letak tuna, telur, sosej. sardin ni pon bergantung kepada cara masakan masing-masing. nak pedas tambah je cili kering lebih-lebih.

6 cili merah
3 cili padi
sedikit halia
1 bawang besar
semua bahan ini di kisar halus.

5 bawang besar - dipotong dadu
sedikit air asam jawa
1 sardin saiz sederhana - ayam brand

1. tumis bahan kisar sampai naik minyak.
2. masukkan asam dan bahan perasa - garam, gula, knor secukup rasa
3. masukkan semua sardin bersama sos di dalamnya. hancurkan sardin.
4. masukkan bawang dan biar hingga bawang agak layu. sejukkan sebelum letak di pastri.

1 kuning telor untuk disapukan diatas pastri. cara mengisi inti
1. ambil sekeping pastri dan potong 4. 2 bahagian di toreh dengan pisau. bahagian ini untuk diletakkan di atas inti. 2 lagi untuk bahagian bawah. sekeping pastri dapat menghasilkan 2 puff kecil.
2. cucuk dengan garpu keliling pastri. sapu kuning telor. pastikan kuning telur tidak menitik atas dulang bakar untuk mengelakkan dulang hangit.
3. bakar pada 200C api atas bawah oven selama 17-20 minit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...