07 September 2010

cucoq kodok

burok betoi bunyi cucoq ni. tapi memang tak kena mengena dengan itu binatang ya. kalau kat utara, depa panggey coqkodok saja. nak buat pon senang. cuma tunggu pisang masak sampai ranum pastu lenyek jer. selalunya guna pisang awak. kalau pisang tu keras dan montel lagi, depa buat pisang goreng. kalau dah masak ranum dan lembek dah sapa pon takmau makan, maka jadilah coqkodok ni.

rasanya semua orang tau buat ni. cuma chun tambah kelapa kering brand Nona dalamnya. selepas pisang dan sedikit gula dah kena lenyek, masukkan tepung dan kelapa kering ni. jangan letak tepung banyak sangat, nanti keras. kacau sebati dan goreng dengan minyak banyak.

2 comments:

yantisa said...

cicah dengan kari sedap ni

cek chun said...

kena lak kari semalam..marbeles laaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...