09 September 2010

esok hari rayerrrr

bila dah nak raya, ketupat jagung la jadi pilihan. kena lak jagung madu.. meleleh je ayaq lioq. bes woo. selalu mak order jer kat kawan dia. depa jual sekilo rm12 ketupat yang dah siap. tahun ni, semua mak buat sendiri.ketupat jagung, kue layan dan kue goyang syafiq. jagung ni senang jer. hiris nipis-nipis, bila dah pulut setengah masak, baru masukkan jagung tu.
kue goyang syafiq tu kue loyang atau ros. ni gara-gara dok tengok nabil kat tv la nih. dok buat kue goyang. abah siap order la. bab goyang bagi kat si kecik yasin. pandai dia goyang kue tu dalam belanga.
ni la rupa kue layan. ni specialty mak lang. dia selalu buat sampai 2kg tepung. lepas raya, selalu anak-anak angkut balik asrama atau tempat kerja. chun pon tumpang sekaki la :P kue gunting ni anak-anak dia la gelar kue layan. sebabnya bila dah menguyah, tak boleh behenti dah. tau-tau mangkuk dah kosong. sambil tengok tv la bes melayan kue ni.

tu tangan yang kurang gebu dari cekmat gebu tu tangan sapa ehh.. dah 3 ari dok wat kek jer malam-malam. kek chocolate moist ni dah siap 2, malam ni kena buat lagi 1, adik order pulak. kek oren 1-orang tua-tua tak makan kek pahit (kek choc) so, depa order kek oren. cupcakes dah siap 2 batch. malam ni baru nak mendeco bersama echun..hehehe

malam ni mak masak nasi daging, dalca dan air asam. chun buat kerabu kaki ayam dan sayur buncis. selamat hari raya semua :) nak tau citer raya lagi lanjut, sila ke blog ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...