buka jer frigde, tekejut brok kejap. besaq nya sotonggg :O:O abah beli di market. sekor tu 1.3kg. mula nya dia nak beli sampai 2 ekor, tapi bila dah timbang sekor, terus dia kansel niat tu. lagipon dalam sotong tu tak ada telur. ni pon dah boleh makan 2 buah rumah. mak potong besar-besar juga. ada la besar 3 jari. dah masak nanti sotong ni kecut. kalau kat rumah, buat sambal jer sotong ni.
bahan-bahan
- 1.3 kg sotong besar - potong 4 segi sebesar 3 jari
- bahan blender - 20 cili kering, 3 bawang besar, sedikit belacan
- air asam jawa
- garam
- gula
- blender semua bahan dan tumis atas api perlahan hingga naik minyak.
- masukkan asam jawa, garam dan gula.
- masukkan sotong, masak dengan api perlahan. tak perlu masukkan air kerana sotong akan mengeluarkan air.
No comments:
Post a Comment