pagi raya mak dah busy wat sup. menu kami hari tu- bihun sup tulang kaki lombu dan nasi daging. nuon yang rajin rebus ketupat nasi untuk dibuat soto. sambal kicap tu pon dia yang buat. sangat pedas dan sedap. bihun sup ni spesel sket sebab ada ditaburkan kacang goreng. resepi ni mak tiru bihun sup yang dijual di JPJ, Alor Star. rasanya lemak-lemak sket. kacang tu optional. sapa-sapa yang adventure jer boleh la tabur dalam bihun sup masing-masing.periuk rebusan sup tulang. dalam tu ada berapa banyak tah kaki-kaki lombu tersebut. dibeli setiap minggu sebelum puasa lagi dan disimpan dalam freezer besar kat rumah. asalnya abah beli untuk menjamu anak menantu, tapi dah banyak sangat, depa tukor plan jamu orang sempena raya yang bakal menjelma.nasi daging dan ayam ni mak masak untuk makan pagi-pagi saja. kira sesiapa yang datang awal, dapat la makan. cecah dengan air asam - warna air asam kurang mengancam sebab limau takda, guna lemon. cili merah pon dah habis kat pasar, kami guna cili hijau. raya punya pasai, semua benda kehabisan stok.
antara yang datang memeriahkan majlis.
No comments:
Post a Comment