29 July 2010

cendawan goreng tepung lagi dan lagi

masakan goreng-goreng ni memang la faberet sapa-sapa pon. masalah nya bila dah makan banyak-banyak, tau la apa jadi. kolesterol pon banyak. makanlah secara sederhana dan di ambil sebulan sekali sudah. tepung goreng ini chun beli di sekolah. kawan bawak jual. sekilo rm7. cara nak masak pon senang. kalau nak goreng ayam, cukuplah dengan gaul dengan tepung ini, kemudian goreng hingga masak. tak perlu letak telur atau garam dahulu. chun try bancuh tepung ni dan celup cendawan. hasilnya tak mengecewakan. apa-apa sayuran pon boleh di gunakan seperti membuat tempura juga.

tepung perlu dibancuh cair seperti tepung goreng pisang. sayuran hendaklah di gaul dengan tepung gandum dahulu baru dicelup dalam adunan tepung ini. cubaan pertama ini menggunakan minyak zaitun. mungkin sebab itu warnanya agak kemerahan. cendawan ini sangat besar kerana baru saja dipetik dari ladang. chun beli di pasar malam, cuma rm3, sangat berbaloi-baloi.
udang ini juga di buat dengan cara yang sama.
bila balik kampung, chun goreng untuk keluarga ratah-ratah. warna pon agak lain kan. ini menggunakan minyak masak biasa.adik lelaki yang tingkatan 1 tu pula tunjuk kemahiran dia memasak. habis sosej di gorengnya. kami makan sosej ni dengan roti. lepas dinner malam tuh. takyah dok pikir nak masak apa dah :)

1 comment:

NisaUsoff said...

eh...sama la tepung kihkihkih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...