ni semua gara-gara teringin nak berburger untuk dinner. dok pikir apa benda yang senang nak masak dan cepat di makan. mula tu ingat nak makan maggi je, tapi sungguhla tak sesuai. isi rumah dah la 7 orang. kang kembang maggi kalau buat banyak-banyak.
chun baru perasan yang gardenia ada jual roti burger yang dah siap dihiris dua. balik sapu mentega dan bakar saja. ada 5 biji roti berharga rm1.90. chun guna burger daging ramly. letakkan sedikit seasoning maggi semasa mengoreng daging. bila dah masak, letakkan hirisan keju. kalau nak cantik lagi, cairkan keju di dalam oven. gunakan mode grill.
antara isi burger spesel ni ialah;
- salad
- timun dan tomato yang dihiris nipis.
- bawang dipotong bulat-bulat dan digoreng dengan minyak sedikit sehingga agak kelayuan dan toskan.
- telur digoreng mata kerbau.
- sos cili maggi
- mayonis
janji makan sampai habis.
No comments:
Post a Comment