jadi chun pun guna la tepung jagung. masa mula masukkan dalam periuk, erhhhh. sangat tak enak bau nya. tapi chun pasrah. benda dah terlambat. slow kan api dan terus kacau lagi dalam 5 minit. bau dah berkurangan. tambah pula vanilla secamca teh. ada bau tepung jagung lagi. tapi dah makin sikit. harap-harap bila makan, tak ada bau la :-p.
berdebar juga bila nak bagi mak dan abah makan. lega bila depa siap minta tambah. bila rasa, memang tak da bau dah semua. jadi, boleh la cuba lagi besok ni.
bahan-bahan
- 25gm agar-agar - chun guna setengah saja
- air
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
- gula secukupnya
- 1/2 cawan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
- 1 camt esen vanilla
- agar-agar di masak bersama air hingga hancur.
- masukkan susu dan gula. masak atas api perlahan. jangan sampai mendidih.
- tuang bancuhan tepung jagung sambil dikacau perlahan-lahan selama 5 minit.
- masukkan vanilla dan angkat dan tuang dalam acuan pilihan.
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air
- air dari 1 tin laici
- 2 biji kuning telur
- 1camt esen vanilla
- masukkan semua bahan dalam periuk kecuali vanilla.
- whisk hingga telur hancur.
- letak atas api perlahan dan kacau selama 5 minit.
- masukkan vanilla, angkat dan sejukkan dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment