harga banana kaya tu cuma rm5.80. berbaloi la kalau beli. dia guna kaya pandan. very the green. banana and kaya, memang match made in haven. harum segar mewangi. chun guna resepi pizza lembut incik mat gebu. dapat dua biji pizza saiz personal. kalau nak buat banyak, kasi double or triple the ingredients.
doh lembut
- 250 g tepung gandum
- 130 ml air
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca besar gula
- 1 camca teh yis (instant yeast)
- 1 camca besar madu
- 1 camca besar lemak sayur (shortening)
- 2 camca besar minyak zaitun
- masukkan semua bahan dalam bekas.
- masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
- bulatkan dan biarkan dalam bekas. tutup dengan cling film selama 1 jam atau lebih.
- kaya dalam tin atau bekas plastik tu, chun guna brand gardenia. kalau dapat pandan lagi cun.
- pisang - hiris bolat-bolat
- choc chip segenggam jer.
- almonds flakes.
- bentukkan pizza atas tin pembakar. sapu kaya, susun hirisan pisang, tabur choc chips dan almond flakes.
- tabur mozarekka dan bakar pada 170c selama 20-30minit.
19 comments:
Tq for d recipe Chun! Kena pi Bristol lak ni, sebab kaya jual kat situ (aku kat Wales, dlm tiga jam nak ke Bristol). Nanti kalau aku buat (dan jadi), aku post kat fb utk hang check :P
alaa.. sian kat kau rose.
takpa, nti buat sila la aplod :)
Waaaa....nak cuba juga nihh,
cuba cik mat cuba.. mesti lagi mengancam u punya version
Post a Comment