29 July 2010
cendawan goreng tepung lagi dan lagi
tepung perlu dibancuh cair seperti tepung goreng pisang. sayuran hendaklah di gaul dengan tepung gandum dahulu baru dicelup dalam adunan tepung ini. cubaan pertama ini menggunakan minyak zaitun. mungkin sebab itu warnanya agak kemerahan. cendawan ini sangat besar kerana baru saja dipetik dari ladang. chun beli di pasar malam, cuma rm3, sangat berbaloi-baloi.
udang ini juga di buat dengan cara yang sama.
bila balik kampung, chun goreng untuk keluarga ratah-ratah. warna pon agak lain kan. ini menggunakan minyak masak biasa.adik lelaki yang tingkatan 1 tu pula tunjuk kemahiran dia memasak. habis sosej di gorengnya. kami makan sosej ni dengan roti. lepas dinner malam tuh. takyah dok pikir nak masak apa dah :)
sardine puff
6 cili merah
3 cili padi
sedikit halia
1 bawang besar
semua bahan ini di kisar halus.
5 bawang besar - dipotong dadu
sedikit air asam jawa
1 sardin saiz sederhana - ayam brand
1. tumis bahan kisar sampai naik minyak.
2. masukkan asam dan bahan perasa - garam, gula, knor secukup rasa
3. masukkan semua sardin bersama sos di dalamnya. hancurkan sardin.
4. masukkan bawang dan biar hingga bawang agak layu. sejukkan sebelum letak di pastri.
1 kuning telor untuk disapukan diatas pastri. cara mengisi inti
1. ambil sekeping pastri dan potong 4. 2 bahagian di toreh dengan pisau. bahagian ini untuk diletakkan di atas inti. 2 lagi untuk bahagian bawah. sekeping pastri dapat menghasilkan 2 puff kecil.
2. cucuk dengan garpu keliling pastri. sapu kuning telor. pastikan kuning telur tidak menitik atas dulang bakar untuk mengelakkan dulang hangit.
3. bakar pada 200C api atas bawah oven selama 17-20 minit.
18 July 2010
terung berlada
bahan
1 batang terung - potong panjang, letak garam kunyit.
5 cili merah
2 bawang besar
sedikit belacan
5 cili kering
sedikit halia
semua bahan ni ditumbuk.
1. terung digoreng dengan minyak sedikit saja, sebab chun guna kuali tefal. maka misi berjalan lancar tak melekat ya :)
2. tumis bahan yg ditumbuk sampai naik minyak, masukkan semua bahan perasa, letak sedikit air. masukkan semula terung yang telah digoreng.
3. kalau nak letak sambal yang telah masak diatas terung pon ok. bergantung pada taste masing-masing.
moist choc cake
resepi ambil dekat blog ummi home sweet home
Bahan A:-
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar/gula kastor
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe
1/2 cawan susu manis
Bahan B:-
3 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Bahan C:-
1 1/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonate * (*diayak bersama)
Cara Menyediakan:-
- Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sederhana, kacau sampai cair
sebati dan tidak berketul2. Biarkan suam.
- Pukul telor dengan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko tadi. Kacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
- Panaskan kukusan. Tuangkan adunan dalam acuan.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana. Bila telah sejuk,
keluarkan dan bolehlah diletak topping kesukaan. Ummi tuangkan ganache dan ditabur
dengan coklat rice aje..
Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan tuala/kitchen towel.
lepas sejuk, potong dan sesi ambil gambar pon berlangsung. untuk dapatkan shot ini saja, dekat 20x klik jugak la. chun sangat suka kalau ambil gambar di siang hari, supaya dapat gunakan cahaya semulajadi. gambar pon nampak menarik, tak perlu guna flash. chun takda dslr, bagai mana pun, benda alah tu tetap dalam igauan. pic atas ni tak guna flash. kurang menarik sebab cahaya tak cukup. jadi chun tak boleh nak fokus dekat-dekat. sebab kek pon siap di malam hari, maka terpaksa guna flash, macam pic kat atas sana tu.
ni konon-konon nak wat stylist sikit la, letak icing sugar bagai :) guna flash ni.
pulut dengan serawa durian
serawa kat atas ni bukan chun buat ye. ni ehsan dari azlina. kami p makan ramai ramai di rumah dia. lepas tu masing masing dapat tapau. balik rumah jer, apa lagi, sessi memasak pulut di dalam rice cooker pon berlangsong la. kalau nak tau macam mana proses tuh, sila klik kat sini.
15 July 2010
cendawan goreng tepung
celup dengan telur, kemudian ke tepung gandum. tq adik ku kerana jadi model kejap :)
las sekali celup ke bancuhan tepung KENTUCKY. mula2 tu tak bancuh tepung tu. tapi masin beno rasanya. cendawan pon tak rangup. rupa cendawan tu yg dekat bawah dalam gambar ni. cendawan yg atas yg kembang semangkuk tu pulak bila tepungnya dibancuh dengan air seperti kita buat goreng pisang.
13 July 2010
kenduri aqiqah @ bukit panchor
ni la kazen chun yg paling havoc. mulut cam bertih.. kami panggey dia along. balik dari kl semata2 nak tolong mak dia tuh. baguih2. macam iklan kat tv lak. saya bukan along, saya cuma nak tolong.hehe.. buat keja tak byk mana, posing depan camera je banyak yer along.. ;)
menu ari tu nasi briyani, gulai kambing, ayam masak merah, acar timun, bubur kacang, oren, air sirap + soda, ikan kering goreng, sambal apa tah - tak sempat rasa. makcik memang teror masak sebab dia dok wat katering. sekarang pon dia jadi tauke kat kantin kilang. so, takde hal sangat la setakat nak masak2 banyak ni. cuma kena ada helpers je la. ayam masak merah nih ada letak nenas yg dikisar halus. sedap. ada rasa manis sket. gulai kambing power. makan secara bufet ye. senang tuan rumah nak basuh pinggan ;) air sirap mengancam di tengah terik mentari nih. khemah 1 depan rumah. makan sikit2, sembang lama2..
dekat pukul 3, mak pulak datang ngan adik. siap bawak puluit durian. berebut masing2.. mana la nak tau kambing n duyan cannot bertemu dalam perot.. ambik kau..
apapon bes betoi leh jumpa semua orang. rioh rendah..
09 July 2010
haagen dazs
sedapnya vanillaaaaaaaa... sangat2 teruja bila lalu tepi kedai nih. ada bau wafle yg baru dibakar.. wahhhh... lamanya tingin ke sana. mek t hampir tiap bulan p sana. bli kek besday dady dia la..huhuhu.. bes nya dady diaaaa.. kek aiskrim yg beratus2 hengget tuh jadi habuan ramai.
las week masa jalan2 dengan isma n kimi, chun ajak depa jengok jap kat sini. sebab ada ofer la dari citibank. 3 scoop 17.50. regular price 23.50.. murah la sangat tu yer cek chun.. i close one eye je la. lama ni teringin ;) kang mimpi plak payah laa..
jom tengok2 dlu apa flavour yg ada. vanilla my first choice. tasting time dlu la. i nak rasa yg nih..yang tu.. yg coklat tuh.. yg ada cake tuh.. yg ada nuts tuh.. bla bla bla.. last2 pilih vanilla, belgian choc n lupa dah apo satu lagi :))
bila dah 3 orang maka dapat la rasa 9 flavours. toping tu plak kena bayo extra. 1.50 per topping. net total 20.20 per cup. boleh la setahun hanya sekali..hehehe..
sambil2 lepak kat situ, kita belek menu. iskkk meleleh ayaq lioq aihhh. takpa2..nex time noo..ehhh. nex year la..ekekekekeh
02 July 2010
pasta meatball
kemudian lalu pula di lorong rempah2 dan sos. ambil je bungkusan yg rupa macam diatas. cepat dimasak sedap dimakan..
sampai rumah kita kupas la bawang besar 3biji, carrot 2 bji, saleri 2 batang. dadukan dan goreng hingga layu. bukan sampai kuning ye tuan tuan puan puan.. masukkan rempah diatas, masukkan air, oregano, dan 2 helai bay leaf. bila dah mendidih masukkan meatball. masak atas api perlahan dalam 30 minit.
dah pon boleh makan. masak jer pasta2 yg ada dalam simpanan. semua boleh guna. nak lagi bes, guna la spageti.
mempelam syiok
ni rupa isi dalam tu. ada kacang2. ada letak gula merah. bila bukak jer, kacau rata2, colek dengan pelam atau jambu. SYIOK weyyy!!!!!
pulut durian
mula2 tu rendamlah pulut yer dulu puan puan. basuh coci2 dlu then rendam. balik dari skul. barulah kukus di dalam periuk nasi. bila dok sembang2 ngan kengkawan, chun dapat beberapa petua untuk memasak pulut.
1. rendam pulut ngan ais panas selama 10 minit. lepas tu boleh dikukus seperti biasa.
2. basuh pulut, trus masuk dalam rice cooker, masak macam nasi biasa, air pon letak macam masak nasi biasa. tekan on, jangan lupa pasang suis plak. tunggu je pulut tu masak macam nasi biasa jugak. (ini tuan tanah dah try masa wat pot luck kat skul, hasil memang sangat memberangsangkan tekak masing2)
ok, kembali semula ke pulut duyan saya. santan dimasak dengan sedikit garam. lepas dah masak smua, boleh la di assemble macam dalam gambar itu. montok sunggoh duyan itu ya ;)) sebiji rm12.
sampai je depan gerai -'kak, nak sebijik, bagi penuh tapawe ini ja''..
wahhhhh... sangat senang membeli belah macam ini.. like :D
acara makan berlangsung sampai 3 ari. orang makan bola minum bola, kita makan duyan, minum duyan, berlehak duyan. kira2 semua duyan la sampai melugai duyan..hehehehe