15 June 2011

warung harum manis

roti jala je takde. chef tak menang tangan nak buat.

keratan rentas warung dari hadapan 
 ini kisah satu gerai di depan rumah. kerana malas dok saja tanpa buat kerja apa, ownernya pun apply skim TEKUN. dapat loan, buat warung kecik. share dengan kawan baik dia. dua bulan lepas, maka bermula lah bisnes warung depa. sebab gerai dekat pokok pelam harum manis, nama gerai pun diambil dari situ.

antara femes dish chef ni is nasi ayam, bihun sup dan lauk-lauk kampung. dah nama pun dok kampung, melampau la kan kalau tak reti masak lauk-lauk gini. dulu masa muda-muda, chef ni selalu turun di pasar malam dan tak ketinggalan funfair Jom Heboh tu menjual bihun sup dan nasi ayam.  nasi ayam yang dijual ni menggunakan ayam goreng berempah.


pagi-pagi warung dah dibuka. ada roti canai, nasi lemak dan kuih sikit. tengok la kalau rajin, ada la kuih pau berinti kacang, lepat pisang atau karipap. roti canai ni enam kupang sekeping. cicah dengan dalca yang ada terung, kentang dan kacang dal dalamnya.


ni bukan chef tersebut, cuma pembantu gerai yang kerjanya membuat roti canai tersebut. 
kendian lepas dah kenyang berbreakfast, time makan nasi pulak. chef pun bertungkus lumus memasak nasi dan lauk pauk sambil ditolong oleh dua orang helper. selalunya pagi buto lauk dah siap. 9 pagi dah boleh makan nasi. hebak tak chef? lauk pun selalu tukar-tukar. ikut bahan mentah yang ada. antara lauk yang boleh didapati di warung tersebut;
gulai keli
gulai ketam dan nenas

pajeri nenas atau terung. ni hari-hari ada.
waktu lunch pun ada menu bergoreng macam nasi, mee, koteow dan bihun. ni ada sorang helper masakkan. laksa pun ada. selain tu boleh gak order mee hailam, mee bandung (ni specialty helper ni, lepas belajor dengan anak chef).

waktu tengahari chef dah boleh berehat kejap. siap tido tuh. tv pun ada dalam dapur tu. buat nengok citer indon. ni kalau tak tengok, mau masak tak sedap wo chef ni. dok terkenang. sejak bila ntah tau cakap indon. sampai sekarang cek konpius.

kalau lalu kat alor setar tu, singgah le kat batu 4, tandop. along the main road to Simpang 4, Kangkong. gerai tepi jalan jer. tutup pada hari rabu. gerai dah open at 7am till 9.30 pm gitu.

2 comments:

wana yusuf said...

bestnya ada gerai makan dekat dgn rumah... kalau akk ni lah peluang nak bermalas2 memasak... main order je...

Juadah said...

Pada pendapat cek cun, sedap tak masakan dia nih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...