09 October 2010

lamb chop with nasi goreng mudah

lama dah tak makan lamb chop. masih teringat-ingat lamb chop kat Swenson yang sedap tu. masa makan berbuka puasa di Bayview, lamb chop pon sedap. cuma mint sauce agak kurang power. tapi kalau dah kena masak sendiri, chun prefer masak cara kampung nih. guna rempah-rempah Malaysia :)

jumpa lamb shoulder sekeping rm4 kat tesco. perap ikot resepi macam kat sini. nampak macam hangit rentung tapi tu efect dari sos L&P dan rempah-rempah tu bila kena minyak zaitun yang panas.
chun goreng nasi mudah ni. cuma tumiskan bawang putih dan halia. masukkan bayam dan perasa. kemudian masukkan nasi dan goreng hingga masak. nasi dah dua hari dalam tapawe dalam peti sejuk :P

08 October 2010

yang buat ku meleleh ayaq lioq bila tengok dia

bukan makanan yang dia masak. tapi kitchen kabinet nya.. waaaaaa... mau yang sama macam tu jugak. dah nama pon chef kan. takkan nak tunjuk kabinet dapur yang tak cun kat penonton. ni mau kopak puluh-puluh riban kalau nak kabinet yang macam dalam siri Nigella Express tu. sebab kita bukan selebriti mahu pon anak orang kenamaan, maka sila lah lap ayaq lioq tu semula.
tengok je la dapur restoran style tu. skillet pan tu jangan lupa pandang plak. masak lamb chop dalam tu best tu.

tengok lah pots and pans kat belakang tu. suka! suka! suka!
oleh kerana kitchen kabinetnya diluar kemampuan, maka kita cari jer kitchen gadgetnya pula. punya la pulun nak bagi sama dengan nigella, first time sampai kat ikea, chun dah sengeh sampai ke telinga. maka misi mencari grater, wooden lime squeezer and anything related to nigella pon bermula. lime squeezer yang sampai sudah tak jumpa kat mana-mana pon. last-last guna garpu, cucuk ditengah-tengah dan pulas limau hingga kendur :)
parmesan cheese grater. sebab mulut masih kampung, maka hasrat ditangguh sehingga mulut menjadi fully western.chun cari yang seakan-akan macam ni kat ikea. yang pasti warnanya tetap merah. sangat cantik bila digunakan untuk mengacau salad dalam salad bowl kayu.mezza knife ni feberet nigella. gunanya untuk potong herbs or nuts. tapi chun kurang berkenan. but it does look gorgeous kan..
langkah pertama untuk menjadi seorang Nigella... :) buy her book and drool at the pictures. read her recipe over and over again until it stuck to your head. try the recipes and share the end results with your loved ones.

07 October 2010

sekali masak dah nak teror kaa

masak ni sebenarnya kena praktis. kalau sekali masak ikut resepi yang di cedok kat intenet atau majalah atau sekadar memerhati orang memasak, jangan haraplah resultnya akan cantik macam dalam gambar. lagipun gambar kadang-kala dapat menipu anda. gambar yang cantik akan mengecurkan air liur walhal rasanya tak seberapa :) kudos to the photographer. hehe

baca dulu resepi dan arahan penyediaannya. baca 2-3 kali dan pahami betul-betul. bahan apakah yang perlu disediakan dahulu. alatan memasak yang kita ada kat dapur tu cukupkah untuk membuat resepi itu. benda-benda kecil macam ni lah yang kita perlu fikir dulu sebelum nak meneruskan niat memasak tu.

yang paling penting, prektis, prektis dan prektis. hari ni mungkin puding kita tak jadi sebab terlampau mendidih hingga memecahkan susu atau santan dalamnya. kesilapan merupakan tuan guru yang paling baik untuk seorang tukang masak. yang penting kita tak putus asa dan tetap mencuba hingga jadi. singkap kembali kenapa masakan kita tak jadi. atasi masalah tersebut semasa mencuba resepi untuk kali kedua nya.

yang paling penting, masakan yang tak jadi tu dibuat dengan air tangan kita. diberi pula kepada orang tersayang - tak kira la mak abah ka, adik-beradik ka, kawan-kawan ka, boyfriend girlfriend ka.. sedikit sebanyak mereka akan tetap tersentuh dengan keikhlasan anda menyediakan makanan tersebut. pahala pon dapat sebab dapat mengeyangkan mereka.

jangan tak tau, puding yang lembik@ steak yang hangit@ masak lemak masin itulah yang akan mereka ingat sampai bila-bila hingga mampu mengukirkan senyuman di bibir mereka. secara tak langsung, anda dah berjaya membuatkan mereka mengingati anda!!

06 October 2010

makan-makan di JEMPUTREE

sebenarnya dah lama kak ija bagitau pasai tempat ni. tempat ni agak tersorok walaupun terletak ditepi jalan raya yang sibuk. kalau tak perati betul-betul, memang boleh terlepas. rupanya pintu utama terletak di jalan sehala yang menuju keluar ke jalan utama. patotla semua orang tak perasan. chun pun jumpa pintu utama selepas kami pusing-pusing mencari jalan keluar selepas dah makan dengan kenyangnya kat sana.

tempat ni ada gazebo untuk kita makan bersila. ada satu pondok di atas pokok besar di situ. tapi semasa kami di sana, tempat tu dah dipenuhi pelanggan. pokok-pokok besar banyak di sini, sebab itulah ramai yang tak perasan restoran ni. walaupon selalu dok lalu jalan ni ke Gurney Plaza.
antara makanan yang di makan pada malam tersebut. fish and chip yang biasa-biasa. dalam belasan ringgit.
nasi goreng nyonya rm5.90. munah kata dia goreng nasi lagi sedap. hehe
a must have <- ini dicetak dalam menu, jadi kami pon try la. rm4.50. not bad. pernah tengok dalam blog (lupa nama blognya) yang rupa cucur bilis ni sepatotnya ikan bilis sekor-sekor tu di salut dengan tepung. tapi masa kami makan tu, cucur nya dah macam rupa cucur yang di buat dirumah jer, bulat-bulat besar :P ikan bilis sekor-sekor tu ada la beberapa ketul saja. chicken cordon blu rm17.50. biasa-biasa saja. dada ayam yang diletakkan salami ayam dan keju kemudian digulung, di bredcrumb kan dan digoreng. pizza marinara yang berharga belasan ringgit. lambat sikit nak masak nih. mungkin depa baru nak tangkap sotong kot :P tapi sedap la. ada tuna, sotong, kepah. tak kedekut keju mozarella. terubat hati sebab kempunan nak makan pasta marinara. waiter tu kata pasta semua tak ada cuma spageti bolognese saja. iskkkk.. kalau camtu, buat apa penat-penat print menu segala macam jenis pasta ada. buat orang terliur saja.
chicken chop dengan sos black pepper. sedap. harga belasan ringgit. ayamnya digril bukan di goreng.
deretan air yang di minum secara bergilir-gilir pada malam tersebut :P ABC (rm4.50)tu sedap dan menarik. banyak isi segala macam dibawah ais. chun try virgin mary (rm9.90)- mocktail segala jenis jus, diatas letak whipped cream dan geradine syrup. kami juga minum ice capucino yang rupa macam milo ais tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...