08 March 2011

beef lasagna

bila dah stress, masak juga rupanya yang boleh mengubat hati. lagi lama kat dapur. lagi tenang rasanya. kali ni memang lama pun. kena buat dua sos berasingan. padahal dah lapar gila. tapi sebab nak enjoy the moment it landed in my mouth (ceh ayat), maka diri terpaksa digagahkan jugak.

bahan dah lama beli. berbulan jugak la simpan. ingat nak buat masa cuti sekolah nanti. tak sempat dah la. i need anti depression real bad. bertungkus lumus kat dapur tu jugaklah yang mengubatkan hati lara compared to makan.

sos bechamel
  • 3 camb mentega
  • 1 camb olive oil
  • 4 camb tepung gandum
  • 4 cawan susu - chun guna 100ml whipping cream dan selebihnya campur air biasa
  • salt n pepper
  • 1 bay leaf
  1. panaskan periuk, masukkan olive oil dan mentega. 
  2. biar hingga mentega cair, masukkan tepung. gaul hingga sebati.
  3. masukkan susu sedikit demi sedikit. letak bay leaf. kacau atas api perlahan selama 10 minit.perasakan. 
sos spagetti 
  • 1 peket sos spagetti Maggi
  • 200gm daging cincang Ramly
  • 1 bawang besar - potong dadu
  • 1 karot - potong dadu
  • 2 camb olive oil
  • 2 bay leaves
  1. panaskan olive oil dan tumis bawang dan karot hingga layu. 
  2. masukkan daging dan kacau hingga air daging kering. 
  3. masukkan air, bay leaves dan sos spageti maggi. masak atas api perlahan sehingga pekat.
cara menyusun. 
  • 1 kotak kecil lasagna - jenama tesco
  • mozarella cheese - diparut
  • sedikit oregano kering
  1. panaskan oven. suhu 200c.
  2. lapikkan bekas dengan kertas foil. masukkan satu senduk sos spagetti. lapik dengan lasagna.
  3. masukkan satu senduk sos bechamel. lapik dengan lasagna. ulang sehingga penuh acuan. 
  4. tabur parutan mozarella dan oregano. bakar selama 30 minit hingga kuning keemasan.

4 comments:

Nieza said...

uishhh sedap ni...i like lasagna:)

cek chun said...

Cek pun suka. Tapi baru dua kali buat. Tak bley selalu. Lagi gomok la cek nanti

Rose said...

Chun,
Kalau nak power lagi, masa tengah layer2 kan sos and lasagna tu, taruk gak grated cheese in between...
Ceh, mmg saje nak menggemukkan diri...
Good blog!

cek chun said...

rose, thanks 4 d tip.
welcome.. hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...