14 March 2011

tauhu lembut goreng ranggup

tauhu ni chun tengok dalam rancangan kylie kwang - simply magic dekat AFC channel di astro tuh. dia tunjuk guna tauhu lembut yang dibungkus dalam kotak empat segi tu. boleh dibeli di pasaraya dengan harga seringgit saja. potong dadu dan gaul dengan tepung jagung dan goreng terendam.

tauhu yang chun guna pula jenis yang lembut tapi bukan dalam kotak. ni dibeli dikedai runcit saja. sepotong 50sen. putih bersih warnanya. potong dadu dan gaulkan dengan tepung jagung yang telah dicampur dengan satu camca teh serbuk jintan manis dan secubit garam. goreng hingga kekuningan.

untuk sos cicah pula, chun blender 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 cili padi dan sedikit karot. masak atas api sederhana selama 5 minit. masukkan cuka dan segenggam gula. pastikan ada rasa masam, manis dan pedas. akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.

4 comments:

Anonymous said...

cam besh..testing

nzalila said...

testing lagi yek

sayagilamakan said...

cuba celup dengan telur masin sebelum goreng..mesti lagi mantap..
pernah makan kat kedai chinese muslim..mantap gila!

cek chun said...

me n ila dok diskus bout ur blog tadi. taste u sebijik macam kami :p

pasni k chun try. mesti holioww. thanks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...