25 March 2011

koteow hailam

kalau makan kat luar, selalunya cek chun order koteow hailam. siap pesan - pedas ya. bila belek-belek hailam ni, tengok tak banyak benda pun dia letak. janji mesti berkicap dan koteow atau mee digoreng dulu. resepi pun pakai trial n error.

selalu masak ni kalau malas nak makan nasi. lagipun ia cepat dan mudah disediakan. ambil apa saja bahan yang ada dalam gobok. nak sedap lagi, letak la sayur banyak-banyak.

bahan-bahan
  • koteow
  • 2 bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - julienne
  • ayam - hiris kecil-kecil, selalu chun guna bahagian bertulang.
  • kicap
  • sos tiram
  • sos seasoning maggi
  • garam
  • serbuk ikan bilis
  • 4 cili padi
  • 2 cawan air
  • sedikit air bancuhan tepung jagung
  • sayur - carrot, daun bawang, brokoli, sawi, bak choy (bergantung pada stok gobok)
  1. koteow di goreng dengan 1 camb minyak. masukkan kicap dan goreng hingga masak. letakkan dalam pinggan.
  2. tumis bawang putih dan halia dengan 1 camb  minyak. bila dah kekuningan, masukkan ayam dan goreng hingga kering.
  3. masukkan 2 cawan air dan cili padi. biarkan mendidih hingga ayam masak. 
  4. letak semua perasa dan sayur. akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. angkat dan tuang atas koteow tadi.

8 comments:

siti Isa said...

sedapnyaa..nk cubalah buat nanti...:)

cek chun said...

jgn lupa aplod :p

Nieza said...

uishhhh sedapnya k/teow hailam ni my pabaret ni...ada lagi dak?mai la semangkuk nk rasa...hehe

madammondoq said...

salam..

nice blog..

nak tahu tak Nokia nak kalahkan BB dan iPhone!!!
salam singgah ke blog saya..
TQ

Laila said...

ni wa tan hor kan?

ps singgah menerol kat blog hang sat

cek chun said...

koteow biasa je
ko bawak kopi tak laila :p

Rose said...

Daymmm...koey teow pun kat Bristol je ada jual.. Isk isk, kena buat trip membeli barang2 dapur sebab nak ikut resepi2 che Chun...

cek chun said...

rose
ikut apa yg ada dalam fridge sudaa..
bihun, mee, wantan mee, mee jopun tuh (aku lupa nama dah :p) semua bleh je guna.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...