memang jenuh makan sayuran yang dia tanam ni. masa dia mula belajar menanam, penuh depan rumah dengan pokok yang ditanam dalam poli beg. tanahnya cuma sekam padi. dan kami semua sudah mengkendurikan kobis, terung, sawi dan berkilo-kilo cili merah.
balik kampung sempena cuti tahun baru cina, tentulah tak lengkap kalau tak buat kenduri makan-makan bersama. memang sempoi habis pun sebab buat pun tanpa perancangan. bila dah ke tesco tu, tentulah banyak yang idea datang. semua benda nak masak. tapi yang pentingnya kena cari yang murah la. kebelakangan ni, semua benda dah mahal. bila nak ambil barang, kena pikir dua tiga kali. berbaloi ka? boleh ganti dengan yang lain ka? sampai macam tu sekali it hit me.
chun beli tiga ketul paha ayam ni dan balik buang sendiri tulangnya. terpaksa. kalau beli chicken chop frozen yang dah siap dibuang tulang agak mahal. lamb pula ada promosi. jadi terbaik la untuk buat lamb chop.
marinate:
- sos HP - dalam botol biru
- sos perasa Maggi - 2 titik untuk setiap ketul ayam atau kambing
- knor pasti sedap seasoning - 2 camb untuk 3 paha dan 4 lamb chop
resepi untuk mashed potato dan coleslaw ada di sini.
No comments:
Post a Comment