04 October 2010

cuppy cupcakes

entry ni khas untuk kawan chun, dekna yang menyambut besday dah lama. bulan lepas tapi baru berkesempatan nak meraikan hari ini. chun buat cupcake guna resepi yang dah buat hari tu. buat satu adunan saja. dapat 18 biji solo casing tu.

Dalam tu chun letak ketulan choc, esen vanila dah habih le. Jenoh dok godek cari merata. Rasanya hari tu ada sebotoi lagi. Resepi u all boleh check kat posting kek yang lepas. Chun cuma tukar self rising flour ke tepung gandum biasa + 1camt baking soda.tapi kenapakah atas nya berwarna begini? rasanya kuat sangat suhu oven nih. acuan lak yang paling kecik. bawah dah masak, tapi atas masih lembik, so kena guna api atas pulak, so chun grill dalam 2 minit ja kasi masak. kalau guna casing kecil, lepas ni kena rendahkan sikit suhu la. maybe 17o c ka.

03 October 2010

ikan goreng berempah

ikan goreng ni chun guna ketul ikan ..alamakkk!! tak tau la ikan apa..huhuhu yg tau ikan ni sedap bila buat gulai. sebab hari tu banyak sangat abah beli, chun ambik sikit buat goreng biasa je. kendian incik abah suroh buat goreng berempah macam ayam yang chun buat masa berbuka puasa dulu ni.

incik abah siap pesan, nak goreng rempah tu dekat-dekat nak makan nasi nanti. baru ada kick. amboiii..pandai abah cek noo.. siap ada special request. chun guna resepi yang sama macam kat sini, cuma tukar ayam jadi ikan jer. ikan apa pon boleh digunakan.

30 September 2010

jamuan rumah terbuka

hari ni chun wat kenduri sikit-sikit sempena menyambut syawal yang masih ada ni. antara juadah yang disediakan ialah puding laici nih. cepat jer laku puding nih. nak resepi sila tengok kat posting bawah ni yer.
kek coklat kukus ni baru try buat kelmarin. guna resepi dari blog otai-otai kat blogspot ni. dok perati lama dah depa pakat buat kek kukus nih. baru kelmarin dapat buat sebab sudah tapau periuk pengukus mak kat kampong. ngeeee :)
cucoq udang adunan dari kawan chun, noraini. cucoq ni memang femes seantero skolah. sapa yang rasa mesti nak lagi.
chun goreng bihun dalam 3 bungkus. lepas tu buat kuah laksa, guna 5 ekor ikan sardin saja. dapat la seperiuk kecil. kalau kat utara ni, makan bihun goreng dengan kuah laksa. letak sikit ja, bukan sampai berair pinggan tu. baru bihun ada kick!
antara yang hadir memeriahkan majlis. sebenarnya nak menjamu mereka-mereka inilah. hari-hari dok tanya bila nak buat open house. ni semua muka dah kenyang, sebab tu senyum riang macam kanak-kanak ribena :)

puding laici

puding laici nih sangatlah mudah nak buat. semua bahan blender ajer. rasanya lemak-lemak manis gitu. kena lak time panas terik nih, sedap la masuk mulut. chun buat puding ni sebekas untuk jamuan hari raya.

bahan-bahan
  • 1 tin laici
  • gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 10gm agar-agar
  1. blender laici bersama airnya, susu pekat dan susu cair.
  2. rebus agar-agar hingga hancur.
  3. masukkan bahan blender. kacau 5 minit dan rasa manisnya. masukkan gula ikot kemanisan yang anda suka.
  4. jangan sampai agar-agar mendidih. nanti susu akan pecah macam santan tu.
  5. masukkan dalam loyang dan bekukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...