25 August 2010

mee kari


first time buat mee kari semasa tengok chef wan masak kat tv bertahun-tahun lepas. meriahnya mee kari dia. tau saja lah chef wan kalau masak. semua benda mesti ada punya. tapi tak pa, yang tu perkara kedua, yang penting kuah mesti sedap dan ada rasa masin, masam, pedas. benda-benda sampingan tu tak ada pon takpa. letak ayam saja pon dah cukup.

rempah kari selalunya ada serai, lengkuas, halia, bawang (chun suka guna lots n lots of onions) buah keras, cili kering yang semuanya di blender halus. tumis pula dengan bawang, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga. kemudian masukkan bahan blender dan rempah kari daging dan kacau hingga naik minyak.

bahan utama yang boleh digunakan ialah ayam, daging, kerang yang direbus dan dikopek serta udang. selalunya taufu pok iaitu sejenis tauhu keras turut diletakkan. segala jenis fish ball dan fish cake juga boleh dimasukkan. sayur pula guna sawi pon dah cukup. tauge pon digunakan. semua ni dicelur sebentar. bahan taburan atas pula daun bawang, bawang goreng, tauhu goreng dan hirisan cili merah dan limau.

chun tak ada resepi. main agak-agak saja. caranya lebih kurang macam cekmat gebu punya resepi nih. boleh tengok kat sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...