05 April 2011

penang charkoteow in a jiffy


memang dah termaktub kan char koteow penang mai sangatlah cepat disediakan. petuanya kena guna api yang panas membara. kena pulak dengan kuali besar yang kejap-kejap diketuk tung tang tung tang. effect bunyi tu penting. baru la nampak chef tu pro. tak sampai sepuluh minit, hidangan dah sampai di depan mata.  berasap-rasap dengan kerang dan udang yang bergolek-golek di depan mata.

itu cerita kat gerai. kalau kat rumah buat macam tu, alamat kena tempik dengan mak la. amboi..hang ingat ni kedai makan ka apa. cuba ketuk dalam kuali tefal dia pulak. pakai tak lama pastu kena katok kat belakang la pulak..kehkehkeh..

sekarang kalo nak prepare charkoteow kat rumah dah mudah dah. beli saja perencah segera. banyak dah syarikat bumiputera keluarkan sos ni. hari tu masa nak ke kelumpo, jumpa kat R&R, tapi bila dah torai, agak kuciwa sket dengan rasanya. sebotol rm8.50. ni kira kali kedua chun guna perencah charkoteow.

dan kali ni memang holiow. masa masak tu ada bau-bau udang sikit macam bau rempah mee hokien tu. harganya pun rm8.50. penang mai juga ni. dari Kepala Batas. tapi dibeli masa ekspo di alor star.

cara menyediakan pun mudah. cuma tumis udang dulu separuh masak, masukkan sos dan air setengah cawan, kemudian masukkan semua bahan yang ada dan goreng dalam 5 minit. kalau nak berair lagi, letak air lebih. untuk resepi ni chun guna;

koteow
udang
sawi
tauge
fish ball
tauhu lembut

cc: kerang memang tak guna langsung sebab tak makan. geli la plak bila tengok part hitam kat kerang tu. tapi molluscs lain boleh pulak chun makan. weird
nak guna untuk goreng sayur pun boleh ni

5 comments:

sayagilamakan said...

wahhhh..boleh kirim ka sos ni?

Khuzrin Kamarudin said...

macam sedap je..

cek chun said...

sgm,
tumpah kot tengah jalan kang..

khuzrin,
sedap.. sy bagi 4 star from 5

me.myself.dan.aku said...

amboiii...mentang2 kerang murah, hang takmo makan no.......asyik mussel je....hehehehhe

cek chun said...

kehkehkeh
tak baik tau kutuk ai macam tu
kehkehkeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...