kalau yang masak ranum tu, selalu makan macam tu saja. kalau rajin boleh la tanak pulut dan tuang santan sikit. makan dengan pelam masak ni. perhhh... tak henggat!!!
yang ni pulak kalau teringin nak minum air pelam. selalu blender dengan air macam tu jer. tapi sejak pi kedai mamak Kapitan tu, manjang dok teringat kat lassi. thanks to cik ton for the pelam. chun guna sebiji jer nih. lemak bersari. kalau kat kedai mamak tu, jangan harap la depa nak letak sampai sebijik. ceroi semacam jer lassi tu. tapi still mengancam.
bahan-bahan
- 1 biji mangga masak ranum
- 3 camb gula
- 200g yogurt asli
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan ais batu yang dipecah kecil
- mangga dikupas kulit dan dipotong kecil.
- masukkan semua bahan dalam blender dan whizz sampai halus.
- masukkan dalam gelas dan seterusnya ke dalam tekak masing-masing.
No comments:
Post a Comment