08 July 2011

butter cake

dah lama mencari resepi kek butter nih. selalu kalau buat kek kat rumah, geng-geng senior minta kek biasa saja. kek coklat depa tak mau. pahit katanya. depa tak tau ka kek coklat cek tu pemes seantero duniya??? hakhakhak. sekarang sejak rajin menerpa dapur orang ni, cek dah jumpa resepi kek yang sedap macam sicilian orange cake tu and this plain butter cake is definitely for keep.

tempat terpemes untuk cari resepi of course le myresepi.com. memang boleh dipercayai sebab ramai akan buat dan tayang hasil masakan depa. jadi untuk yang baru nak belajar masak ker, baking ker, sila la terjah ke sana. tak hairanlah kalau kalau setiap kali ke sana, beratus-ratus yang online. 


Bahan-bahan ( saiz kek (acuan 9") )
Bahan A
  • 250 gm butter 
  • 200 gm gula 
  • 210 gm tepung gandum 
  • 1 tsp baking powder 
Bahan B
  • 5 biji telor 
Cara-cara
  1. Tuang semua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati.
  2. Selepas tu masukkan bahan B perlahan-lahan. 
  3. Putar lagi selam 4 - 5 minit (sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2).
  4. Sekiranya nak buat kek belang, boleh lah bahagi kepada 2 adunan (satu tambah serbuk koko, dan satu lagi plain) dan tuang kedalam acuan secara selang seli.
  5. Bakar 160 c selama 50 -60 minit atau uji dgn lidi dengan cucuk dibhg tengah kek. 
http://www.myresipi.com/top/detail/12461
resepi 2
Bahan-bahan ( loyang 20 inc )
  • 200gm gula castor
  • 250gm buttercup
  • 210gm self raising flour
  • 5 biji telur
  • 1/2 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
  1. Panaskan oven 180 celsius,pukul gula dan butter hngga kembang dan masukkan telur 1 per1 pukul terus.
  2. Masukkan tepung perlahan2 brsama dgn baking powder yg tlh di campur td dan masukkan esen vanilla,pukul rata dng kelajuan sederhana.
  3. Tuang adunan dlm loyang yg tlh di gris sdkit mentega dan di alas paper kek,lalu bakarlah selama 50-60 min hingga msk.
Kek butter ni mmg sedap dan amat lembut skali,cubalah...! 
by manjasayang

setelah dibelek-belek, chun guna kombinasi 2 resepi nih. bahan-bahan guna dari resepi 1 manakala method guna resepi 2. i also use plain flour with 1camt baking powder. 



hasilnya gebu dan lembut. butter cake ni kawan order untuk jamuan perpisahan staf. kek coklat 'pahit' cek  tu pun ada jugak. saja kasi kek banyak supaya semua makan sampai sendat :p
 

3 comments:

Lizan said...

salam tuan rumah,saya mohon pinjam resepi sbb nampak mcm mudah sgt2. sekarang tengah dlm oven ....hopefully jadi, kalau tak..saya gantung diri kat pokok taugeh..hehe

Lizan said...

ni link kek butter saya ... mecih ya...hehe

http://luckylizan.blogspot.com/2011/12/dah-pukul-satu-pagi-rupanya.html

cek chun said...

sama2
1 pagi tunggu kek masak yer.. hehe
cantik kek..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...