bila tak balik kampung, memang ada saja aktiviti bersama kawan-kawan. kali ni buat projek pai labu. asalnya kami bertiga, last-last penuh rumah juga yang datang. dari pagi sampai petang, penuh dengan makan saja.
sarapan pagi dibekalkan oleh cik fadlyaton yang cantik dan pandai masak kuih tradisional. bab pulut serah kat dia. pandai buat kuih lopis dan pulut inti. pagi tu kami makan pulut inti dan pulut dengan ikan gelama masin. kena pula dengan kopi panas seteko, memang terangkat. sebab semua dah kenyang, lunch di tunda ke pukul 2.30 petang.
untuk lunch pula ada masak paru berlada, masak lemak kupang, sticky chicken wings, sayur bening bendi dan sambal belacan. chun tengok bendi ni di blog cik mat gebu. ni first time tengok bendi di masak macam ni. cik mat kata resepi sihat sebab main rebus saja. bila tengok resepi, semua bahan dah ada dalam gobok tu. jadi apa lagi, tiru saja lah. sedapnyaaa mak aii.. macam cik mat kata, ada masam, manis, pedas. kawan chun hirup sup macam tu saja. memang berbaloi buat. lepas ni pakai takde lah nak celur macam tu saja. makasih cik mat.
di kampung, selalunya bendi ni mak celur untuk di cicah dengan sambal belacan atau masukkan dalam gulai atau asam pedas. nama masakan ni pun chun tak tau. cik mat tak letak la pulak. kebetulan 2-3 hari lepas tengok di facebook kak jee, dia ada tulis pasal terliur tengok masakan di blog cik mat dan nak buat sayur bening bendi. jadi chun pun tanyalah. yang macam sup bendi tu ker kak jee? dan k jee pun iyakan soalan tu. makasih k jee, sudi juga layan soalan cek chun.
kaler tak cun. masak lama barangkali. lepas tu chun biar terendam dalam sup tu pula. |
kopipes dari cik mat punya blog DTS
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci, toskan
1/2 biji bawang besar. hiris
3 ulas bawang putih, dititik
2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
1 kiub pati ikan bilis "maggi"
2 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam periuk, satu kan bawang besar, bawang putih, air secukupnya, kiub ikan bilis dan asam gelugor, didih kan. Masukkan bendi tadi. Biar mendidih.
- Tambah garam secukup rasa dan secubt gula..kalau nak guna serbuk perasa pun ok. Masak hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
2 comments:
uishhh meriahnya depa mkn2...kalau dok dekat nk gak pi tumpang sekaki tu...cek chun dok tang mana?nanti blk penang lehla pi singgah hehe
kat pulau nih. boleh2.. nanti pi jemput kat airport..hehehe
Post a Comment