27 April 2011

bubur semi cha cha dengan jagung

sebenarnya tak tau la nak bagi tajuk apa ni. patutnya kalau bubur cha cha mesti isi dalamnya cukup lengkap. kena ada ubi keledek yang kuning atau merah,  ubi keladi dan paling penting tentulah benda alah colourful kat atas ni. resepi asal dari nyonya ni memang sedap kalau dihirup petang-petang. pekena pulak dengan kopi pekat. nallarekekk laa..

balik kampung bulan lepas, mak bekalkan dengan sebungkus cha cha ni dan sebungkus gula kabung melaka. souvenir dia untuk anak sulung ni. masa tu dia ikut rombongan cik kiah ke sana. cek chun juga dapat kerepek ikan dan tentulah yang paling pemes seantero melaka, the cencalok. jagung pula dapat dari kawan seperjuangan dan sepermasakan cum sepermakanan, puan ajelina. jadi chun masak ikut apa yang ada dalam gobok saja lah. maka jadilah semi instead of full cha cha :-p

bahan-bahan

  • setengah bungkus kecil cha cha
  • 1 tongkol jagung manis
  • air
  • sedikit garam
  • gula kabung secukup rasa
  • daun pandan - disimpul comei
  • 1 cawan santan
  1. masukkan cha cha dan daun pandan dalam periuk. rebus dengan air hingga  cha cha lembut. 
  2. masukkan gula kabung dan garam. biarkan mendidih perlahan dalam 5 minit.
  3. masukkan santan dan jagung yang telah di hiris. renih selama 5 minit. 

25 April 2011

fish without chips

 cek chun dah jatuh hati pada fish and chips semasa zaman belajar dulu. kat kampung mana la nak dapat semua nih. bila berada di kl, jumpa Fish n Co di Sogo sana tu. sejak dari tu la kalau turun kl, mesti pekena fish n chips. kalau tak dapat, fish nugget pun dah jadi.


kemudian tengok Food Safari dan Jamie Oliver kat tv, teringin pula nak buat sendiri. nampak macam mudah dan tak renyah bahannya. banyak kali jugak chun try dan modified apa yang patut. dah jenis mulut kampung ni, mesti la nak pedas kan. kekadang perap dulu filet ikan tu dengan rempah kari, serbuk perasa maggi, serbuk ikan bilis, lada hitam, rempah goreng Saji yang memang dah sedia pedas tu. macam-macam kombinasi dok try. mana yang berkenan kat tekak, yang tu la dok guna sampai muak.


untuk kali ni, chun perap dengan paprika, garam, pepper dan sikit serbuk perasa knor. termasin sikit sebab terlajak garam. kalau guna serbuk perasa brand apa pun la, tak payah  guna garam dah. peram dalam sejam.


untuk batter, gunakan 1 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung beras. campur sekali dalam bekas dan bancuh dengan air hingga jadi macam tepung goreng pisang. biarkan seketika. panaskan minyak untuk goreng terendam.  filet ikan tadi digaul dengan tepung gandum dan celup dalam adunan batter ni. masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan. makan dengan mayonis dan sos cili/tomato.

23 April 2011

pisau plastik yang comei

korang layan Junior Masterchef Australia? cek chun kekadang jer melayan. tu pun bila berkumpul ramai-ramai dengan geng. seronok tengok bebudak ni masak mengalahkan orang dewasa. lepas tengok, siap buat review, lebih dari juri profesional pulak. tapi review kami banyak yang mengutuk diri sendiri.
  • wehh..malu la. awat budak ni teror sangat ni?
  • kalau aku, pakai tengok saja jer ikan tu..
  • bila aku nak pandai masak macam budak ni nihhhh.. 
  • aiyooo.. look at the knife!!
  • cantiknya dapurrr.. 
  • lawanya pots and pans..
tapi dalam banyak-banyak benda tu, yang paling cek chun berkenan sangat tentulah pisau plastik tu. kat malaysia ada jual ka? google punya google,  budak-budak ni guna pisau scanpan spectrum. jangan main-main eh. ni bukan plastik sebarang plastik. memang bukan plastik pun.  tajam ya ampun. ada yang dah cedera pakai plaster dah dalam itu show. pisau ni dibuat dari high carbon steel. kalau kat Australia, depa jual  $12 macam tu.

pisau ni ringan jadi sesuai la dengan budak-budak yang baru nak belajar memasak. tapi tetap perlukan pengawasan orang dewasa jugak. ada bermacam-macam warna, yang ni cek chun suka. kalau dapat, nak kaler merah dan biru.

satu lagi kelebihannya, makanan yang kita potong tu takkan lekat pada pisau. wahh.. teringin la plak nak test hiris dodol raya nih. sapa-sapa yang teringin nak beli tu, boleh la order online kat sini.


pic: http://ask.jaimeyu.com

21 April 2011

hotdog gone in minutes...

kalau tengok siri man vs. food, memang terliur dibuatnya. bila la nak merasa hotdog macam tu. dulu-dulu layan kat kiosk 1901. boleh la buat lepas dendam. paling best rasanya coney dog A&W. siap ada chili cor carne ( a spicy stew). terasa macam kat US.. wakakakaka..imagination tak boleh blah.

teringin lama nak buat sendiri. jadi cek hentam saja apa yang ada dalam gobok tu. sosej nya cek chun try merapu dua cara; bakar dan rebus.
option 1.
bakar sampai rentung. dah tau benda ni nak masak, boleh dok pi melangut buat kerja lain pulak. nahh.. terima la habuannya. sebelum letak dalam oven bersuhu 200c, drizzle some olive oil, letak garam, pepper dan crushed dried oregano. sapu rata kemudian ambik keju slices tu potong dan letak atas sosej. bakar dalam 10 minit.
 option 2.
  • rebus/kukus sosej sampai masak. adala dalam 5 minit. 
  • potong bawang besar dan goreng dengan olive oil sampai kekuningan. ketepikan.
  • pecahkan 1 biji telur dan buat dadar. 
  • kukus roti sekejap sehingga lombut dan gobu atau sapu butter pada roti dan tekap atas tefal panas hingga kekuningan. 

to assemble;
sumbat-sumbat semua dalam roti. picit mayonis, mustard dan cili sos. enjoy.

psssstt:  takde sayur mayur.. gobok kosong.

20 April 2011

bihun goreng yang senang-senang saja...

suka sungguh dengan perencah charkoteow yang mak bagi ni. boleh guna untuk goreng sayur, buat charkoteow dan goreng bihun. caranya cuma tumis bawang putih dan sedikit halia sampai kuning, masukkan ayam yang dipotong kecil dan goreng hingga ayam hampir masak. kemudian, picit saja perencah dalam botol ni. masukkan sedikit air dan bihun. goreng hingga sebati. akhir sekali, masukkan sawi dan tauge.

dah boleh ngap dengan jayanya.. bismilahirahmanirahim... 


17 April 2011

bihun asam pedas

masa kecik-kecik dulu, selalu mak buat bihun ni. memang asam pedas ni makanan ruji kami. seminggu mesti ada 2-3 kali. kena guna ikan temenung segar, yang masih berkilat-kilat sisiknya. rumah agak berdekatan dengan laut, jadi tak ada masalah nak dapatkan bekalan ikan. kadang-kala sekilo cuma rm2. kalau rajin, jadilah kuah laksa. kalau agak malas, jadilah asam pedas.

asam pedas ni memang sah-sah asam pedas utara. cair, masam dan agak pedas bergantung pada banyak mana cili kering yang digunakan. cara asas membuat asam pedas ni lah digunakan untuk buat laksa. kedua-dua kuah juga menggunakan daun kesum dan bunga kantan. bezanya kuah laksa ditambah dengan isi ikan.

resepi ni mak selalu buat untuk makan petang. aruah tok wan cukup suka makan macam ni. hiasan atas bihun ni selalunya guna bawang besar dan timun saja. bila nak makan, letak seekor ikan dan letak kuah banyak-banyak. macam makan laksa jugak la.

bahan-bahan untuk asam pedas
  • 6-8 cili kering - lagi banyak, lagi pedas
  • 4 biji bawang besar - lagi banyak, lagi manis kuahnya
  • 3 keping asam keping 
  • daun kesum
  • 1 bunga kantan 
  • sedikit belacan
  • air
  1. cili kering digunting, buang biji dan rebus sebentar untuk melembutkannya. 
  2. blender cili kering, bawang dan belacan hingga halus. 
  3. masukkan bahan blender, asam keping dan 2 cawan air, masak hingga hilang bau cili, selalunya hingga hampir kering airnya. 
  4. masukkan 1 jug air, biarkan hingga mendidih. letakkan daun kesum, bunga kantan, garam, gula atau perasa.  biarkan mendidih sebentar. 
  5. masukkan ikan, didihkan selama 10 minit atau hingga ikan masak.
bihun dicelur sebentar, gunakan bawang besar dan timun untuk ulaman.

16 April 2011

sticky chicken pulak kali ni.. yaa.. tetap melekit macam dulu

sepatutnya chun nak buat durian cheesecake. dah lama teropong kat rumah-rumah otai. durian dah siap beli kat pasar malam. sanggup tak makan gara-gara tunggu nak buat ciskek. cheese pun dah dikeluarkan dari esbok. santan pun dah ada. bila doh prepare bahan,  rupanya telur tak beli.. arghhhhhhhhhh... korang tak tensen la kalau macam tu. hangin wehh.. selalu memang stok telur penuh dalam esbok tu. nak keluar pun malas ni. errr.. pakcik kedai tak buat delivery ka???

terus takda mood nak masak. tapi perot lapo lak.  pikir apa nak makan, cuti-cuti ni keja nak cari makanan yang boleh dimasak dengan senang saja. sepatutnya time-time cuti la pulun masak bermacam jenis, test resepi ka, tapi bila malas datang tu, bak kata orang utara, sekupang pun tak guna.


ni kali ke berapa ntah buat sticky chicken nih. cuma kali ni guna semua part ayam jer. tak macam dulu, cuma guna chicken wings. mahal bebenor ler chicken wings sekarang yer. tak sanggup den nak perabih duit banyak-banyak. jimat sikit kalau guna ayam sekor tu.

dan yang paling best, makan bawang putih tu. bila dah jadi caramel sticky macam ni, garlic pun dah jadi power. err.. no wonder i tak minat vampire. waima damon salvatore sekalipun. even though he look yummeh.  i just luv garlic..muehehehehe 

ni den kopipes dari myresepi, dari mutiarazura
bahan-bahan

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu 
  • chun tambah beberapa titik sos seasoning maggi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
* selalu chun tambah air 1 cawan untuk bagi semua ayam tu empuk semasa step no 2. biarkan hingga air kering.

    10 April 2011

    makan ramai-ramai jugak yang best nya

     bila dah dapat ikan segar dari laut ni, masak dan makan ramai-ramai lah yang paling afdalnya. dah la dapat pun free, berkilat-kilat sisiknya. hasil dari penjalaan kawan-kawan jugak ni.
     gulai ikan duri, siap ada telur..yummeh..  bakchoy bersos tiram hasil gorengan cik zah dan ikan selangat goreng sampai garing, makan sampai ke tulang.

    nak jadi cerita bila dah tumis bawang dan halba, tengok-tengok rempah gulai ikan tak ada langsung dalam stok. yang ada gulai daging. pulun telefon bonda terchenta, tanya solution la. mak kata blender jer cabai kering dalam 5 biji, kemudian masak sekali dengan rempah gulai daging tu. selesai satu masalah :)
    petangnya mengodek pula choc banana square ni. buat minum dengan teh o panas. siap bertapau. asalnya depa nak belajar buat. dah 3 kali chun buat nih. cuma kali ni tak manis sangat sebab guna pisang berangan. kalau nak cun lagi, cari pisang emas atau berangan yang masak ranum. resepi boleh ambil kat sini.

    09 April 2011

    penne with prego portobello mushroom sauce

     pasta ni sesuai untuk menyambut tetamu yang datang secara mengejut. semua pakai yang segera saja. chun guna penne yang perlu dimasak selama 5 minit. cendawan dalam tin yang perlu dihiris nipis dan satu tin sos prego portobello mushroom. jadi sekejap saja sudah siap satu hidangan.

    bahan-bahan
    • penne - direbus ikut arahan di bungkusannya. nak guna pasta jenis apa pun boleh.
    • cendawan butang dalam tin - hiris nipis
    • 2  ulas bawang putih - hiris nipis 
    • 1 camb minyak zaitun
    • 2 slices keju yg diletak dalam roti tu
    • sedikit mozarella di parut
    1. pasta direbus ikut arahan di peket. simpan sedikit air rebusan.
    2. panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga layu. jangan sampai kekuningan. 
    3. masukkan cendawan, kacau selama 3 minit. 
    4. masukkan sos prego dan air rebusan tadi. kacau lagi selama 5 minit. 
    5. tuangkan pasta dan kacau hingga sebati. masukkan pasta dalam bekas untuk dibakar.
    6. carik-carikkan slices keju tu dan taburkan dengan mozarella. bakar dalam oven 200c selama 10 minit. 
    * sepatutnya baked pasta macam ni, kena guna sos yang banyak. lagi sedap rasanya. 

    05 April 2011

    penang charkoteow in a jiffy


    memang dah termaktub kan char koteow penang mai sangatlah cepat disediakan. petuanya kena guna api yang panas membara. kena pulak dengan kuali besar yang kejap-kejap diketuk tung tang tung tang. effect bunyi tu penting. baru la nampak chef tu pro. tak sampai sepuluh minit, hidangan dah sampai di depan mata.  berasap-rasap dengan kerang dan udang yang bergolek-golek di depan mata.

    itu cerita kat gerai. kalau kat rumah buat macam tu, alamat kena tempik dengan mak la. amboi..hang ingat ni kedai makan ka apa. cuba ketuk dalam kuali tefal dia pulak. pakai tak lama pastu kena katok kat belakang la pulak..kehkehkeh..

    sekarang kalo nak prepare charkoteow kat rumah dah mudah dah. beli saja perencah segera. banyak dah syarikat bumiputera keluarkan sos ni. hari tu masa nak ke kelumpo, jumpa kat R&R, tapi bila dah torai, agak kuciwa sket dengan rasanya. sebotol rm8.50. ni kira kali kedua chun guna perencah charkoteow.

    dan kali ni memang holiow. masa masak tu ada bau-bau udang sikit macam bau rempah mee hokien tu. harganya pun rm8.50. penang mai juga ni. dari Kepala Batas. tapi dibeli masa ekspo di alor star.

    cara menyediakan pun mudah. cuma tumis udang dulu separuh masak, masukkan sos dan air setengah cawan, kemudian masukkan semua bahan yang ada dan goreng dalam 5 minit. kalau nak berair lagi, letak air lebih. untuk resepi ni chun guna;

    koteow
    udang
    sawi
    tauge
    fish ball
    tauhu lembut

    cc: kerang memang tak guna langsung sebab tak makan. geli la plak bila tengok part hitam kat kerang tu. tapi molluscs lain boleh pulak chun makan. weird
    nak guna untuk goreng sayur pun boleh ni

    02 April 2011

    sweet banana kaya pizza

     kalau sapa-sapa yang dah pekena banana kaya dessert dekat dominos pizza, mesti setuju yang pizza tu sangatlah harum dan sedap. tak manis sangat. tapi d bomb. tak pernah pula chun rasa pizza manis macam tu. memang pelik la pada mula tu. tapi try jugak lah dan after that i'm hooked.

    harga banana kaya tu cuma rm5.80. berbaloi la kalau beli. dia guna kaya pandan. very the green. banana and kaya, memang match made in haven. harum segar mewangi. chun guna resepi pizza lembut incik mat gebu. dapat dua biji pizza saiz personal. kalau nak buat banyak, kasi double or triple the ingredients. 

    doh lembut
    • 250 g tepung gandum
    • 130 ml air
    • 1/2 camca teh garam
    • 1/2 camca besar gula
    • 1 camca teh yis (instant yeast)
    • 1 camca besar madu
    • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
    • 2 camca besar minyak zaitun 
    1. masukkan semua bahan dalam bekas.
    2. masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. 
    3. bulatkan dan biarkan dalam bekas. tutup dengan cling film selama 1 jam atau lebih.
      • kaya dalam tin atau bekas plastik tu, chun guna brand gardenia. kalau dapat pandan lagi cun.
      • pisang - hiris bolat-bolat
      • choc chip segenggam jer.
      • almonds flakes.
    1.  bentukkan pizza atas tin pembakar. sapu kaya, susun hirisan pisang, tabur choc chips dan almond flakes. 
    2. tabur mozarekka dan bakar pada 170c selama 20-30minit.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...