30 December 2010

creamy seafood pasta

guna cendawan tiram dan seafood
 pasta yang paling cek chun suka. sebab cepat nak disediakan dan mudah. kalau beli tickened cream yang kotak kecil tu, boleh guna untuk dua kali masak. paling cikai pon, guna jer seafood yang mana ada. boleh guna sotong, udang atau kepah. nak guna ayam pon boleh.

kalau ada sayur lak, selalunya yang popular ialah cendawan butang. masa chun makan di dave's deli, depa guna osyter mushroom. mungkin sebab letak sedikit, tak rasa muak la spageti tu. capsicum pun selalu diletak juga. semua benda digoreng saja, kemudian diletak cream pada step terakhir. sebab tu lah mudah dan senang.

seafood sahaja bersama salad timun as a side dish
chun cuma kopipes resepi yang dah sedia ada diblog ni. dan tukar bahan-bahan sesedap rasa.

bahan-bahan

  • 300gm fetucine/spagetti
  • 1/2 capsicum - buang bahagian putih di dalam, hiris nipis memanjang (tak ada)
  • oregano - chun guna yang segar, tapi tak mengancam bau nya. lebih prefer yang kering punya.
  • 10 ekor udang - buang kulit dan bersihkan
  • 5 ekor sotong - potong kecil
  • sedikit cendawan tiram
  • 1 kotak kecil cream (guna half saja)
  • garam, fresh black pepper
  • 100gm sosej - potong menyerong (tiada)
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus 
  1. masukkan 2camb garam dalam air mendidih. fetucine/spageti direbus ikut arahan di bungkusan. 
  2. tumis bawang putih hingga layu. masukkan udang dan sosej. goreng sebentar. 
  3. masukkan capsicum atau sayuran lain.
  4. masukkan sedikit air rebusan pasta, cream, perasa dan akhir sekali pasta.  kacau sebentar.

29 December 2010

ayam paprik mudah

baru setahun ni rasanya cek chun kenal daun salam thai (thai basil leaf). punya aroma yang sunggoh mengasyikkan. selalu nampak dijual di pasar malam, seringgit secekak. diikatnya dengan getah. nak makan macam ulam, tak gamak rasanya. bau wanginya tu kuat sangat. kalau masukkan dalam masakan barulah tekak boleh terima. paling best masukkan daun ni dalam laksa siam. huh. masyuk la. makan bertambah punya.

sebenarnya takde idea nak masak apa. ini kes hentam saja la labu. janji nampak ala-ala paprik. selalu paprik ada serai dan daun limau purut, my version tarak ini benda. nama pun mudah kan :p

bahan-bahan
  • 2 bahagian ribs - suka bahagian ayam ni sebab ada isi dan tulang.
  • 1 tomato - belah baji
  • 1/2 karot - hiris nipis-nipis 
  • 3 camb sos cili pencecah keropok lekor - yap, nak mudah kan? :p, kalau takde, guna la cili kering yang di blender
  • 1 camb sos tiram
  • 1 camb sos seasoning maggi
  • garam
  • lada hitam
  • beberapa helai daun salam
  • 2 bawang putih - dadu
  • 2 camb minyak masak
  1.  panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kuning. 
  2. masukkan sos pencecah, kacau hingga garing dan masukkan ayam. goreng hingga hampir masak. masukkan sedikit air. 
  3. letak semua bahan perasa. masak selama 5 minit dan masukkan daun salam. kacau sebentar.

28 December 2010

brokoli and tauhu bersiram

tu dia aih tajuk. padahal sayur biasa-biasa saja. tapi sebab kedua-dua benda ni kena bersiram dek kuah yang pekat tu, maka wajar sangatlah diletak nama macam kat atas tu. mudah dan murah saja nak menyediakan ni.

bahan-bahan
  • 1 brocoli 
  • 1 tauhu lembut saiz sederhana - potong kecil
  • 2 bawang putih - di dadu 
  • 2 bawang besar/bawang merah - hiris nipis
  • minyak zaitun
  • lada hitam 
  • sos seasoning Maggi
  • 2camb sos tiram
  • 1camt tepung jagung 
  • 1camt garam
  • sedikit air
  1. panaskan air dan letak 1camt garam. celur brokoli dan tauhu selama 3 minit.
  2. toskan dan letak di dalam pinggan hidang.
  3. panaskan mintak zaitun, tumis bawang hingga layu.
  4. masukkan sedikit air untuk membuat kuah. letak semua perasa dan lada hitam.
  5. masak selama 5 minit. pekatkan kuah dengan air bancuhan tepung jagung. 
  6. siram kuah diatas brokoli dan tauhu tadi. 

26 December 2010

apam padelpop

bila jengok-jengok di rumah ummi dan beberapa lagi rumah masakan, chun terperasan yang masing-masing mencuba apam pelangi ni. bila baca resepinya, amat lah mudah untuk dicuba. rupanya resepi dari rumah kak ilah jy.

memang best la apam ni. wangi jer bau santan tu.  bila bagi kat bebudak dua orang tu, kejap je depa habiskan. katanya sedap. selalu mak depa masak jer sedap. kali ni, auntie chun kembang kejap kena puji. depa kata rupa pon macam ais krim padelpop. lol. baru chun perasan. kaler macam aiskrim tu. berwarna-warni.

ni resepi chun kopipes dari rumah kak ilah jy. thanks ya :)

bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna - chun guna warna ungu, biru dan hijau

caranya:

1.pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu
2.masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati
3.masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacu rata
4.bahagi kepada 3 warna yg kita suka tuangkan selapis selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak..

*chun sapu minyak pada loyang kek dan tutup permukaan loyang dengan aluminium foil.

25 December 2010

macaron ke macarena

cubaan pertama untuk memacaronkan diri. dah banyak hari buka dan tutup website. cari segala resepi macaron dan tip-tip berguna semasa membuatnya. siapa sangka ya, cuma gula, telur dan serbuk badam, boleh buatkan daku gundah gulana.

bila dah bakar, adoihh. nak tergelak pun ada. patutla ada yang sampai batch ke 10 baru macaron nak jadi. macaron chun buat bukan setakat tak ada foot, malah naik pun tidak. lol. gelak sorang-sorang sambil gulana dalam hati. penat aku baca tips semua bagai. hehehe.

manis benar lah macaron ni. memang bukan lah kegemaran chun. tapi ini baru part one. banyak lagi part bakal menyusul. baking mesti sampai jadi. in the mean time, erkkk rina, bak macaron sekotak?  hehehe

salmon steak

salmon steak yang penuh dengan omega 3 fatty acid untuk jantung yang sihat. salmon ni juga ada calcium, magnesium, protein dan  vitamin B. kalau nak tahu banyak lagi, terjah jer ke link ini.

chun cuma letak fresh grind black pepper dan sos L&P. kalau nak yang murah, boleh guna sos seasoning jenama Maggi. tak payah letak garam dah. panaskan 2 camb. minyak zaitun di dalam non-stick pan. goreng selama 2 minit untuk setiap belah. kira macam medium rare lah ni. dan enjoy dengan salad wild rocket.

24 December 2010

lamb chop with wild rocket

 
dah lama chun nak try wild rocket ni. selalu tengok jamie oliver guna untuk buat salad. teruja. tambah-tambah bila dia cakap - it has nutty and peppery flavour. kebetulan masa ke jusco, chun jumpa yang dah less 50%. tapi masih segar bugar lagi. grab terus la.

selain sedap, wild rocket juga menolong penghadaman, dan punya kandungan sulfur yang tinggi untuk menyumbang kepada kulit, rambut dan kuku yang cantik. berbaloi tau makan ni :)




chun cuma guna sedikit garam dan minyak zaitun untuk salad dressing ni. letak jer atas daun dan kacau perlahan-lahan dengan jari. daun ini agak fragile. jadi tak boleh toss lama-lama. rasanya memang nutty dan crunchy. memang sedap kalau nak campur dengan daun lain untuk buat salad.


makan saja dengan lamb chop yang dah siap marinate dari jusco. sangat lah pedas dan kurang sedap. elok lagi kalau beli yang frozen tu dan balik letak jer rempah yang dibuat sendiri.

19 December 2010

awesome ehh

cek chun dapat tag dari cplud. awesome ke sayang? biasa-biasa saja nih. masak kasi kenyang perut saja. thanks for the tag. kena menjawab eh. tak jawab tak bley ka :-p

1. cek chun mula memasak masa sekolah rendah. sebab kita anak sulung, jadi kena la tolong mak. kalau tak tolong pun, nanti dengaq lah dia jerit - anak dara!!!! mai cepat kat dapoq.. hehehe
masakan pertama - maggi kot. tah la. lupa. lol

2. orang yang mengalakkan mesti la my mum dan adik-adik. yer lah. kalau kakak dorang reti goreng ikan jer, pakai dok makan hat tu saja la tiap hari. mau kembong perot. lol. sekarang diri sendiri la pula yang motivate. dok tengok blogger handalan memasak macam-macam jenis makanan, maka sendiri teringin nak try dan cuba buat macam mereka.

3. makanan yang paling kita suka masak - sayur!! yap, sekarang ni kalau balik kampung, mesti dapat request untuk buat sayur. tak kira lah sayur apa pon. yang bergoreng. normally mesti ada cendawan dan kuah-kuah yang di pekatkan dengan tepung jagung. adik bongsu cek cukup suka. kalau lambat je cedok ke pinggan, pakai habis kat dia sorang saja la sayur tu.

4. cek chun dengan besar hati nak tag sesiapa saja yang singgah di blog ini.

you are awesome in your own way
be it nasi hangit
or masak lemak pecah minyak
or kek bantat
because you cooked it
and you tried
and you don't give up!!!!

16 December 2010

burger spesel

ni semua gara-gara teringin nak berburger untuk dinner. dok pikir apa benda yang senang nak masak dan cepat di makan. mula tu ingat nak makan maggi je, tapi sungguhla tak sesuai. isi rumah dah la 7 orang. kang kembang maggi kalau buat banyak-banyak. 
chun baru perasan yang gardenia ada jual roti burger yang dah siap dihiris dua. balik sapu mentega dan bakar saja. ada 5 biji roti berharga rm1.90. chun guna burger daging ramly. letakkan sedikit seasoning maggi semasa mengoreng daging. bila dah masak, letakkan hirisan keju. kalau nak cantik lagi, cairkan keju di dalam oven. gunakan mode grill. 

antara isi burger spesel ni ialah;
  • salad
  • timun dan tomato yang dihiris nipis. 
  • bawang dipotong bulat-bulat dan digoreng dengan minyak sedikit sehingga agak kelayuan dan toskan. 
  • telur digoreng mata kerbau.
  • sos cili maggi 
  • mayonis 
dah siap semua bahan, letak jer atas meja dan assemble la sendiri. nak tinggi mana? berapa lapis?
janji makan sampai habis. 

11 December 2010

fetucine carbonara


dah banyak kali sebenarnya buat pasta ni. tetiba teringin. dulu makan di dave's deli, chun order carbonara. ingatkan pekat berkrim, rupanya dah macam kuah pastanya. memang diletak cream saja. tapi sedap dan tak muak. ada capsicum dan cendawan tiram di dalamnya.  carbonara yang sebenarnya patut di letakkan dengan kuning telur. jadi masakan akan menjadi pekat berkrim.

jadi chun try buat kat rumah. letak air rebusan pasta tu banyak-banyak. resepi macam dulu cuma kali ni lebihkan air rebusan pasta semasa mengoreng.  aregano pula hilang ntah ke mana. kalau letak, mesti lagi sedap.

09 December 2010

puding koktel bertepung jagung

dah siap-siap masak agar-agar hingga hancur, baru nak cari tepung kastard. adoii. boleh macam tu? rasanya semua dah ada dalam stok. bila cari dan cari, semua dah ke mana hilangnya. sebenarnya kalau nak masak sesuatu, susun dan letak semua bahan atas meja sebelum operasi bermula. wajib tu. kalau tak, jadi lah macam  ni.

jadi chun pun guna la tepung jagung. masa mula masukkan dalam periuk, erhhhh. sangat tak enak bau nya. tapi chun pasrah. benda dah terlambat. slow kan api dan terus kacau lagi dalam 5 minit. bau dah berkurangan.  tambah pula vanilla secamca teh. ada bau tepung jagung lagi. tapi dah makin sikit. harap-harap bila makan, tak ada bau la :-p.

berdebar juga bila nak bagi mak dan abah makan. lega bila depa siap minta tambah. bila rasa, memang tak da bau dah semua. jadi, boleh la cuba lagi besok ni.

bahan-bahan
  • 25gm agar-agar - chun guna setengah saja
  • air
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • gula secukupnya
  • 1/2 cawan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • 1 camt esen vanilla
  1. agar-agar di masak bersama air hingga hancur. 
  2. masukkan susu dan gula. masak atas api perlahan. jangan sampai mendidih.
  3. tuang bancuhan tepung jagung sambil dikacau perlahan-lahan selama 5 minit.
  4. masukkan vanilla dan angkat dan tuang dalam acuan pilihan. 
sos kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • air dari 1 tin laici
  • 2 biji kuning telur
  • 1camt esen vanilla
  1.  masukkan semua bahan dalam periuk kecuali vanilla.
  2. whisk hingga telur hancur.
  3. letak atas api perlahan dan kacau selama 5 minit. 
  4. masukkan vanilla, angkat dan sejukkan dalam peti sejuk. 
chun juga guna nata de coco bersama nenas dan buah laici. selalunya orang guna buah-buahan koktel. semua bergantung kepada selera atau stok yang ada.

08 December 2010

chinese muslim restaurant

 restoran ni baru dibuka di Bayan Baru, Penang. depa claimed the first chinese muslim restaurant in Penang. juadah disediakan secara a la carte. jadi, kena bawak ramai-ramai datang sini makan. harga untuk mee dan nasi goreng lebih kurang macam di cafe lain. ada saiz S dan L. rm6, 7 @ 8. untuk lauk pauk pula bermula rm8 ke atas. ada juga seafood macam ketam dan udang lipan, tapi belum available. lol. payah kot nak menjala kat laut tu.
 masakan kurang masin. elok untuk yang nak jaga kesihatan. ingatkan depa terlupa letak garam, rupanya bila kali kedua p, memang gitu cara penyediaannya. paling chun suka bandung cincau (rm2.50) ni. dia tarik susu sampai berbuih. letak saja sirap. pelanggan, sila kacau sendiri ya sebelum minum.

masakan Ning Xia menggunakan banyak cili. dek suhu yang sejuk, cili dapat memanaskan badan mereka. tapi bila chun makan, tak pedas la pula. nampak merah menyala kan gambar di atas? tauhu tu dah lupa la namanya. daging cincang bersalut telur digoreng bersama cendawan dan capsicum. masih ranggup daging tersebut. walaupun dimasak berkuah.

ini pula bebola tauhu dengan seafood (rm8). kecil saja sebenarnya. besar sikit dari guli saja. rasa biasa-biasa saja. chun rasa filamen crab tu saja yang seafoodnya.  dibawah ni pula mee dari China (rm6). memang berbaloi dengan harga. nampak berkuah kan. tapi inilah mee goreng mereka. ada dua jenis- seafood atau daging.

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

dengan berbesar hatinya cek nak masuk lagi bloglist incik Ben.
cek rasa ni la salah satu cara cek dapat cari kawan-kawan maya.
hari-hari, misti cek akan klik kat mana-mana blog yang ada di list yang sedia ada itu.
moga-moga permohonan diperkenankan :)



oleh kerana tuan tanah yang sama, jadi cek kopipes saja dari cekrasala. ahaks..

07 December 2010

red velvet untuk tersayang

 rv ni dibuat semalam. untuk meraikan kedatangan mak dan abah ke rumah. oleh sebab mak kurang suka rasa coklat yang pahit, chun buatkan kek ni untuk dia. selalunya dia minat kek oren. paling best sicilian orange cake tu la. tapi kali ni chun try bagi dia rasa kek merah pula.

resepi dari joy of baking. dah kali ketiga buat kek ni. kali ni, chun tak guna cream cheese. chun pakai butter cream lebihan kek kawen cik Mun tempoh hari. sapu nipis saja takut manis sangat. lepas tu tabur dengan kelapa kering.

06 December 2010

macarons ohh macarons

bila lihat rupamu, bikin hati ku cair. walaupun tak pernah rasa, ku tahu kau sedap oh macaron. bila singgah tengok kau disini, lagi hatiku berdebar. kenapakah kau cantik sangat? kenapakah kau perlu berwarna-warni? kenapakah kau perlu inti yang segala macam jenis? bila tengok Rina bungkus kau, lagi hatiku bergelodak. cantik sungguh bila dibalut dengan reben segala.

sumber dari sini : http://ongobee.com/GoBee_6_French-Macarons-Recipe-with-Chocolate-Ganache-Filling
Rina dah buat kelas untuk Januari nanti. kalaulah dapat ku terbang merentas awan, lama dah ku kesana. tapi apakan daya, aku hanya mampu memandang. pergi pula ke rumah kak jun, cubaan pertamanya terus menjadi. tangan ajaibnya tak pernah gagal untuk mengimpresskan daku. moga tanganku juga dapat jadi sepertinya suatu hari nanti :)

sumber: http://www.seriouseats.com/2007/10/interview-with-macaron-specialist-dorie-green.html
selak ke mansion martha steward, banyak tips yang diperolehi. akan ku cuba kah macarons itu? hanya masa yang akan tentukan.

air sarbat power


kalau dah singgah ke Chowrasta, tak sah la kalau tak singgah di kedai tepi bangunan ni. ada deretan kedai makan. gerai yang agak daif rupanya. tapi punya banyak tempat makan yang sedap. cari air sarbat yang duduk bersebelahan dengan gerai cucur udang. air sarbat ni ada sirap, air kelapa, biji selasih, isi kelapa muda, dan getah anggur di dalamnya. segelas rm1.20 dan kalau bungkus rm1.50. cucur udang pon sedap. tauhunya sangat lembut. kadang-kadang kena beratur untuk tunggu giliran makan atau bungkus.

 
di seberang jalan pula, antara pasaraya Mydin dan ibu pejabat polis pulau pinang, anda akan berjumpa dengan kereta sorong yang menjual kuih-kuih dibawah ni. pakcik ni dah lama berniaga. antara yang dijual panas-panas ialah vadei, masalodeh dan samosa. inti samosa ada tiga jenis - sardin, ayam dan kentang. chun pilih sardin. inti kentang tu akan diletakkan bersama-sama sardin. kulit samosa dibuat sendiri oleh pakcik ni. harga kuih dalam 50-70 sen. semua sedap.

05 December 2010

Hameediyah - bila dah berhawa dingin

berhawa dingin dan selesa
 minggu lepas chun dan kawan-kawan sempat singgah untuk makan tengahari di restoran hameediyah di lebuh campbell. tarikan disini tentulah nasi briyani yang penuh satu pinggan. kalau tekak kecil, memang la kena share dengan kawan. restoran ni ada dua kedai. bila masuk chun tengok penuh dengan orang beratur, jadi kami ke kedai sebelah. di sana mereka akan ambil order dan hantar ke meja.

terkejut kejap bila tengok kedai nih. dah cantik rupanya. siap ada pelayan beruniform, menu dan hiasan dalaman yang agak menarik. harga masih sama macam di kedai yang lama. satu set rm8 untuk ayam. kami order set ayam dan daging.

briyani ayam, briyani daging dan kelempung
bila sampai nasi dalam pinggan hidang yang besar, agak kuciwa juga bila tengoknya. nasi tak sebanyak dulu. yang paling sedih tengok set daging. ciput jer daging dan nasinya. macam setengah nasi set ayam. kelempung yang berharga rm2.50 tu pon kecil saja. sebesar sudu makan! isk isk iskkk kat sini rupanya dorang kurangkan untuk menampung belanja renovation ini. mujoq rasa masih sama.

kalau dah biasa makan di sini, memang akan rasa ralat la. dengan bersudu garpu bagai, sungguh tak masyuk makan. dah halfway, bangun, basuh tangan dan makan semula. baru rasa masyuk sikit. masing-masing kata akan sanggup beratur tunggu kat kedai lama tu. lebih feeling. untuk orang luar, restoran ni mungkin menyenangkan anda. tapi tu la, feel sudah ada kurang la.

sup tauhu telur dan udang

 chun suka makan segala jenis tauhu. senang cakap segala jenis makanan berasaskan soya. tauhu telur ni dibungkus panjang dan berwarna kuning. harga tak sampai pun seringgit. paling murah chun jumpa 55 sen saja. hiris dan goreng sebelum digunakan untuk memasak.

antara masakan yang paling popular untuk tauhu telur ialah sup. campurlah dengan segala macam sayuran. ada yang memekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. terpulang pada citarasa masing-masing.

bahan-bahan
  • halia - julienne
  • bawang putih - hiris untuk menumis
  • 100gm udang - bersihkan, tinggalkan ekor sahaja
  • 2 bungkus tauhu telur - potong dan goreng dahulu
  • segenggam daun bawang  - potong sepanjang 2cm
  • sedikit daun sup - potong 2cm 
  • fresh grated black pepper
  • 1 camb sos tiram
  • garam
  • 2 cawan air
  1. tumis halia dan bawang hingga kekuningan. masukkan air. tunggu hingga mendidih.
  2. masukkan semua perasa dan udang. kacau sekejap saja. 
  3. masukkan daun bawang dan daun sup. kacau seminit dan angkat. 

04 December 2010

kedai yang paling cek minat

 cek jumpa kedai ni semasa jalan-jalan cari makan dengan sepupu-sepupu yang ramai tu. bila tiba di stadium, parking kereta dan cek ternampak dengan begitu besar signboard di seberang jalan. berwarna kuning dan sunggoh catchy dengan namanya Sugar & Flour. wah.. ini sangat menarik. one stop centre for your baking need.

masuk saja, cek dah terpegun. tapi tak la ssehebat kedai besar yang lain. cuma bagi cek, kat sini semua ada. sejak dari tu, bila balik kampung, memang dok tuju kedai ni saja. berdiri lama-lama pon takpa. janji mata puas memandang. masa ni la idea datang mencurah-curah. tengok plastik cupcake pon, cek dah berangan-angan dasyat. disini jugalah datang nya idea nak buat kek dua tingkat untuk cik Mun kahwin bulan lepas.
tapi harga dia agak mahal 2-3 ringgit dari harga barang mentah di kedai yang selalu cek jengah di Penang. tapi cek tak kisah la. window shopping pon sudah ok maaa. sampai depa kena panggil balik la sebab dah tak larat tunggu kat kereta :)

03 December 2010

pizza lagi

sejak dua menjak ni, asyik memizza saja. tera nak chemuih (selagi tak muak/bosan), bak kata orang utara. dok buat hat tu saja la. yang penting ramai boleh makan. nak membuatnya pon senang. terima kasih pada cik mat gebu. cuma kali ni, chun tak letak oregano dan bawang putih. nak resepi boleh lihat di sini.

27 November 2010

lamb chop 2nd edition

lamb chop untuk dijamu pada kawan-kawan yang datang berkunjung ke rumah pada minggu terakhir sekolah. merelease the tension bagai, makanan la tempatnya. tapi tak buat banyak pon. kolestrol beb. kang pening, sapa yang susah nanti.

resepi tengok di sini. chun guna resepi jamie oliver yang ensem tu. ringkas dan sedap.

26 November 2010

my first tier wedding cake and hopefully not the last

 minggu lepas memang sibuk dengan wedding sepupu kesayangan. rumah kami pun bersebelahan. memang dah anggap dia macam adik sendiri. kemana-mana pon bersama. kalau musim cuti sekolah, tak sah kalau dia dan adik-adik tak mengikut chun balik ke Penang. memang chun dah berjanji akan buat kek spesel untuk dia bila tiba hari besarnya nanti. sebenarnya nervous juga. selalu chun cuma buat kek choc moist saja untuk di jual. macam mana nak buat kek dua tingkat nih?

adik chun, si nuon pula sibuk suruh buat kek fondant. katanya teringin sangat nak menguli fondant dan membentuk segala macam objek atas kek. kalau ikut kreatifnya, memang la dia gifted. dengan kerja sebagai pelukis batik dan menjahit manik sebagai kerja part time, memang sah la dia boleh menguli dan membentuk fondant dengan kreatif. oleh sebab kak chun nya masih lagi bertatih dalam membuat buttercream, maka hasrat berfondant terpaksa dilupakan dulu. bila mengenangkan harga kelas fondant, terdiam seketika. takpa, kita kumpui duit pelan-pelan noo.

kek ni chun buat dalam masa sehari. pagi chun bakar sicilian orange cake dan choc moist cake. resepi kek oren yang sedap ni, chun dapat dari blog sis rima. tengah-tengah kek tu chun letak buttercream dan choc shaving. dibuat begitu semata-mata untuk meninggikan kek ku itu.lol. memang kek senget la. sicilian kek di tingkat atas, manakala choc moist kat bawah.

sepatutnya chun guna dua acuan untuk setiap kek. jadi cantikla sikit bila letak buttercream di tengah-tengah. bab-bab potong kek in half, memang la failed. tapi sebab acuan tak cukup, reda saja la dengan result macam nih. kedua-dua kek chun letak choc ganache. resepi ikut sedap letak saja. guna susu, cooking choc dan butter. buttercream pula chun ambil resepi dari wilton.

buttercream
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan shortening
  • 4 cawan gula aising 
  • sedikit susu @ air
  1. gula aising diayak. 
  2. whisk mentega dan shortening hingga gebu.
  3. masukkan gula aising sedikit demi sedikit. jika pekat, tambahkan air atau susu. 
bunga cantik tu pula chun beli yang dah siap di kedai bakeri. kat sana jugalah chun tanya soalan kat boss kedai - tokey, nak buat kek tingkat kena guna apa? macam mana mau pacak ni? memang kaki panjang ni ja ka? hahaha.. soklan ko.. jenuh apek tu menjawab. ilmu tu weh. ringan-ringan la mulut bertanya. rupanya senang saja nak buat. nanti mau buat dengan kek span pula. ada sapa-sapa mo tempahkah?  :-p

nuon pula tolong mendeko akar-akar dan daun yang melingkar. seronok tengok dia mendeko. bila dah rasa seronok, habis semua board dia nak paip buttercream :-p

cc: agak-agak bila i kawen, u boleh watkan kek fondant tak nuon?

nugget ayam yummy

 bersempena dengan ramainya orang berkumpul di rumah chun bersempena aidil adha dan perkahwinan cik Mun, maka terhidang la nuget ayam di atas. ayamnya dibeli di tesco. yang paling tak tahan tu, kalau hari-hari biasa, sangat payah la nak jumpa daging ayam segar yang telah di deboned kan di bahagian paha. tetiba bila tiba musim haji, depa jual la pula. iskkkk.. tetiba tau.

dan harganya. mak aiiii.. dekat seploh hengget sekilo. kalau nak banding dengan harga ayam biasa yang mereka war-warkan dalam 6.++ sahaja. kenapa tiba-tiba emo ni cek chun? mana tak nya, bila time nak beli ayam  6 hengget, tetiba takde stok la pula. sian my daddy. tunggu punya lama. orang tesco kata, kejap lagi stok baru sampai. dekat dua jam tunggu apa pon tarak. last-last dia ambil isi ayam ni la. yang sepatutnya kita guna buat chicken chop.

chun potong kecil-kecil dan salut dengan tepung goreng Bistari saja. di cicah pula dengan mayonis dibawah ni.  resepinya dapat dari incik mat gebu, semasa chun komen pasai pasta olio beliau yang menggunakan capers.

mayonis ala mat gebu
  • capers - dipotong halus 
  • mayonis - pilih yang berkualiti untuk dapatkan rasa yang umpph
  • fresh black pepper
  1.  semua bahan di gaul rata.

20 November 2010

scramble egg with sausage

menu breakfast ni chun buat untuk dinner. godek-godek gerobok, apa pon tarak. yang ni saja ada, itu pon lebihan berpizza hari tu. stok kena dihabiskan sebelum balik kampung. besok-besok kang habis rosak kalau dibiarkan begitu saja dalam peti sejuk.

sepatotnya telur dipukul bersama susu segar. tapi chun guna air biasa saja. sebab tu the end result macam berair. lol. terlebih pandai la plak. takpa lah. janji sedap untuk di ngap. ambil 3 biji buah zaitun dan hiris nipis-nipis. campurkan ke dalam telur bersama fresh black pepper, L&P dan garam.

gunakan minyak zaitun untuk mengoreng sosej hingga masak. letak di tepi kuali dan curahkan adunan telur dan kacau perlahan-lahan. setengah orang masak telur ni hingga kering, chun prefer basah-basah sikit. jadi, masak pon sekejap sahaja.

cc: mencari lagi menu apakah untuk menghabiskan stok buah zaitun dan capers ku.

19 November 2010

lemon cheesecake

mentang-mentang la lori strawbery terbalik, habis semua di hentam hias ngan benda alah ni
cheese cake ni dibuat atas permintaan adik chun. bila lalu jer di lorong dairy di tesco, terus dia minta buatkan cheese cake. nak yang lemon tu. macam Rachael Alan buat kat tv tu. hamboiii. siap ada description. bila minta duaploh hengget wat pengeras, laju je dia cakap tak de duit. tapi keep on merayu and merayu.

owhhh.. being a nice sister, kasihan la pulak tengoknya. capai dua ketol cheese dan buka pembalut nya on the spot. hahaha.. don't try this at tesco ehh. ada perasan resepi kat pembalut tu. so chun buka dan baca dan beli semua bahan-bahannya.

tapi sadly. i lost the recipe. terbuang semua benda dalam al tong sampah. aiseyyyyy..  cuma guna lemon, susu pekat, gelatin dan cheese. base guna sweet biscuit. chun beli digestive biscuit from tesco.

notes:

  1. agak lembik kerna tak tuang gelatin sepenuhnya. rupanya bila bekas gelatin dibasuh, gelatin terlekat dekat base bekas tersebut. cuai cuai cuai... sepatutnya chun scrap betul-betul bekas gelatin tu.
  2. lemon agak kureng in taste. chun beli se beg lemon, 5 biji rm4.90. semasa grated the zest, nuon dah bising-bising - awat lemon ni tak da kulit ni? betul la. nipis saja kulitnya. jus pon tak bes langsong. takpa la. cuba lagi. 
cc: biasa la kalau tak jadi atau tak sempurna sesuatu kek/masakan itu, yang pasti 1 atau 2 lesson anda dapat dari peristiwa tersebut. 

red velvet yang dah jadi. yahoooooooo


sempena aidil adha, chun pon try lagi membaking red velvet (rv). geram tengok rupa rv kat blog masakan yang lain. memang sedap kek ni. lain sikit rasanya. resepi ada dalam entry yang lepas. boleh la selak kat entry kek itu.
keratan rentas kek rv. gebu la. chun guna cheese frosting. gabungan masam dan manis yang menarik sukma. sekejap ja dah hampir licin. tapi masih tak merah menyala macam sepatutnya. mungkin serbuk koko terlajak ni. takpa, nanti chun try lagi. 
cc: don't give up to try and try until satisfied with the end product.

15 November 2010

creamy fetucine

lama dah teringin buat ni menggunakan fresh cream. selalu chun guna sos siap yang dalam botol je. boleh la makan 3 orang. sekali hadap je dah gone. dok jalan-jalan kat rumah geng-geng masakan, teringin pula nak cuba buat sendiri. rasanya di dapur Salam Dua Benua, chun tengok dia pakai cream. sangat senang pula cara penyediaan.

bahan-bahan
  • 300gm fetucine - untuk 3 orang makan, tu pon sampai ke malam makannya. 
  • 1/2 capsicum - buang bahagian putih di dalam, hiris nipis memanjang
  • oregano - chun guna yang segar, tapi tak mengancam bau nya. lebih prefer yang kering punya.
  • 10 ekor udang - buang kulit dan bersihkan
  • 1 kotak kecil cream
  • garam, fresh black pepper
  • 100gm sosej - potong menyerong 
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus 
  1. fetucine direbus ikut arahan di bungkusan. masukkan 2camb garam dalam air mendidih. 
  2. tumis bawang putih hingga layu. masukkan udang dan sosej. goreng sebentar. 
  3. masukkan capsicum atau sayuran lain (bergantung pada selera seperti cendawan) 
  4. masukkan cream, perasa dan akhir sekali pasta. kalau agak kering, masukkan sedikit air rebusan pasta. kacau sebentar. 

14 November 2010

jus avocado

 
jus ni dibuat oleh cik fadzlyaton dan cik zah. buah avocado datang dari jauh. di beli di Bandung sana. minggu lepas masing-masing ikut rombongan cik kiah ke sana. seronok tengok depa beli barang. besar sunggoh avocado dari sana. montok-montok gitu. 

bahan-bahan
  • 3 biji avocado
  • 3 cawan air
  • sedikit susu pekat
  • coklat masakan yang dicairkan
  1. blender semua bahan kecuali coklat. 
  2. tuang coklat cair di sekeliling gelas. masukkan air avocado dan ais. hidangkan sejuk. 
CC: kalau minum banyak cepat rasa muak. segelas dah cukup

yang ku idamkan

owhhh.. aku sangat suka kalau tengok pisau para-para chef di AFC. tambah-tambah kalau ada lekuk-lekuk kecil di sepanjang pisau. nampak sangat pro dan tajam saja pisau itu. check punya check, mak aiii.. mahai beno. 2++ sebilah. mau tahan sepanjang hayat ni.

belek-belek di jusco, jumpa la aku dengan pisau ala-ala ni. paling cikai la ni harganya. boleh la. pelan-pelan pakai. nanti banyak duit kita pakai hat mahai plak ya cek chun. dah alang-alang pengshoping tegar jusco, maka dapatla baucer free sebanyak rm30. pisau tu rm32 ja. ambik skali gunting dapur tu. very the nice.

10 November 2010

sotong goreng sos tiram

dek kerana keletihan sakit dan tak bermaya nak makan apa tapi terpaksa makan juga demi nak makan ubat, maka masaklah nasi berlaukkan sotong diatas.sotong tu rangup lagi sebab dimasak dengan api kuat dan digoreng sekejap saja.

sotong tu chun cuma potong kecil-kecil. tumis bawang putih dan halia yang dipotong julienne hingga kuning. masukkan sotong, goreng hingga agak-agak masak. masukkan sos tiram, sos L&P dan serbuk ikan bilis. akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. goreng sekejap saja. dah siap untuk di ngap.

08 November 2010

pernah makan ni?

mesti pernah tengok kan benda alah ni. ada pedas, ada masam sikit dan paling penting rangup sangat. mula-mula beli dulu, kentangnya sangat lembik. tak elok pon goreng nya. sebab ramai yang menunggu tu yang buat chun pun tertarik.  lepas tu chun banned gerai tersebut.

selepas beberapa bulan, gerai pon dah bertambah popular, kuali pon dah cantik, elok untuk mengoreng kentang ni banyak-banyak. chun pun cuba untuk kali kedua. wahhh.. sangat sedap. rapuh tu yang tak tahan. krup krap krup krap mengunyah. cuma sos cili dan mayonis dan sos bbq tu yang kurang menarik. chun rasa dia guna brand murah. dimana nak dapat ni? dekat pasar malam berdekatan je. satu rm2.
*
*
*
*
*
*
*

07 November 2010

peknga aka tempek atas belanga

 petang-petang pekena peknga memang masyuk. kena pula minum dengan kopi panas. kalau nak sedap lagi, sila la suroh mak buat. mesti makan sampai menjilat daun pisang. kebetulan pokok pisang mak berbuah sakan time ni. dah penat makan goreng pisang, kami semua mintak dia buat peknga plak.

bila dah makan ni, terus kenangan datang menjelma. mak kata aruah tok wan dulu cukup suka cecah peknga atau cekodok dengan gulai. lagi sedap kalau kena dengan gulai semalam yang dah dipanaskan semula. kawan chun pula teringat aruah nenek dia yang buat lempeng ni masa dia kecik-kecik dulu.

peknga ni macam cekodok gak. lagi sikit tepung lagi la sedap dan lembut peknga tu. resepi dari mak chun ni pakai agak-agak ja.
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan pisang 
  • 1/2 cawan kelapa parut, elok lagi kalau dapat kelapa muda. 
  • gula secukup rasa
  • 1camt garam halus
  • daun pisang
  • sedikit minyak
  1. pisang dilenyek hingga hancur.
  2. masukkan garam dan gula. kacau hingga sebati. 
  3. masukkan kelapa parut dan tepung. semasa tepung dimasukkan, pastikan adunan tidak keras. jika keras, jangan masukkan semua tepung. 
  4. letak adunan atas daun pisang. panaskan sedikit minyak dan bakar atas kuali sampai masak kedua-dua belah.
cek chun: sedap dimakan panas-panas 



06 November 2010

black pepper sauce pizza

rupa pizza yang belum dibakar. suka letak oregano banyak-banyak

pizza ni chun buat di kampung. lagi ramai umat boleh makan. sos black pepper ni ehsan dari wani. incik husband dia buat chicken chop untuk kenduri ramai-ramai kat skul. lebihan kuah ni chun tapau dan guna untuk buat pizza. selain sos ni, chun juga guna sos tomato kimball untuk base pizza. 

sudah bakar selama 17 minit. sedia untuk di ngap
 roti pizza ni chun guna incik ahmad gebu punya resepi. memang disukai ramai akan kegebuan roti pizza ni. rata-rata yang makan, akan cakap 'macam kat pizza hut la'. tengs a lot incik ahmad gebu :) ni kali ketiga chun buat pizza menggunakan resepi beliau.
jejari gebu adik tuan tanah. dia la tukang perabih pizza nih
 kalau teringin nak buat black pepper sauce tu, sila lah google ya. ni pon sebab ada sos lebih. kalau tak, mesti chun guna sos tomato kimball aja untuk base pizza. antara variasi topping yang chun buat ialah


1.
  • burger ayam - dibakar, potong dadu. 
  • bawang besar - potong dadu
  • frozen mixed vegetables
  • sos black pepper
 2.
  • sosej - hiris nipis
  • cendawan butang dalam tin atau yang segar dari ladang
  • capsicum
  • sos tomato kimball atau yang buat sendiri 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...