lama dah tak datang pizza hut. atas rayuan bersama, maka plan pon dibuat. ajak mak milah, tapi dia dah penat, nak tidur awal sebab besok nak kena bangun pagi-pagi sebelum subuh. memasak untuk jualan gerainya. rombongan cik chun adalah dalam lapan orang.
lava pepperoni |
cheesy chicken meatball -sedap dan penuh mozarella |
pizza cheese lava ni sangatlah mendukacitakan. ingatkan keju banyak macam dalam iklan. rupanya angan semata. boleh nampak kan dalam gambar diatas ni. sangatlah kurang keju sampai nampak roti pizza. nak tarik-tarik mozarella? huhhh.. jangan harap la. frust sunggoh. hujung roti yang sepatotnya penuh dengan keju, memang penuh pun, tapi dengan keju yang dah beku.
frust dengan servis dan kualiti makanan kat sini. orang memang ramai, tapi kakitangan pizza hut pon ramai juga. pizza memang kena tunggu lama. tapi tu semua kami paham. boleh bersabar, cuma bila pizza yang datang tak semengah macam iklan ataupun yang sepatutnya, itu boleh bikin hangin. tak teringat pula nak komplen. masing-masing lapar, terus ngap jer bila pizza dah sampai ke meja. tapi yang penting kami semua gumbira dapat makan bersama.
cc: dominos..bila hampa nak mai alor staq wehhhh... :(
2 comments:
huhu..ingat orang tu bikin pizza ari ni..i pun teringin nak makan piza..semalam beli lada benggala tapi tak dak ide lagi nak buat
rajin sunggoh mu ni suri. buat ler.misti along pulun mkn nti
Post a Comment