25 February 2011

paru goreng berlada @ kelempong masak cabai

paru atau bahasa utara nya kelempong. salah satu organ dalaman yang menjadi peberet chun. mula diperkenalkan oleh mak sejak pandai makan sendiri lagi. mak memang selalu masak. paling sempoi rebus dan cecah dengan air asam dia. kena pulak regu dengan perut. perhhh.. tak boleh nak describe sedapnya.

fast forward berpuluh-puluh tahun kemudian, berkenalan pula dengan paru goreng berlada makcik kantin kat sekolah. terubat juga rindu kat paru goreng mak. paru ni pula hasil rembatan di pasar malam dekat rumah saja. pakcik tu jual sekilo rm16.

bahan-bahan
  • 300gm paru - potong nipis sebesar tiga jari. 
  • 5 cili merah
  • 1 cm belacan
  • 1 cm halia
  • 1 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 camb sos tiram
  • beberapa titik seasoning Maggi 
  • garam
  • kunyit
  • 1 asam keping
  • 1/2 cawan air
  1. cili merah, bawang, belacan dan halia di blender. 
  2. letak garam dan kunyit. goreng paru hingga garing.
  3. guna sedikit minyak menggoreng tadi untuk menumis bahan blender. letak asam keping dan masak hingga pecah minyak. 
  4. masukkan paru dan air. masak dengan api perlahan hingga cili kering dan pecah minyak. 

23 February 2011

mee udon sup


ini batch terakhir mee udon. beli sebungkus boleh makan tiga kali. siap boleh simpan untuk besok pula ;-) satu bungkus kecil tu boleh masak untuk dua orang. sup ni buat konon-konon nak tiru macam kat sushi king la. padahal pakai hentam bubuh apa saja asalkan rupanya sama macam yang selalu dok makan kat sana.

bahan-bahan
  • sebungkus kecil mee udon
  • sekeping paha ayam - potong kecil
  • sawi - potong 1 inci 
  • sedikit halia - julienne
  • 1/2 bawang besar - hiris nipis
  • kicap
  • garam
  • sos seasoning Maggi 
  • lada hitam
  • 1 camb minyak
  • 2 cawan air
  1. tumiskan minyak dan goreng ayam, bawang dan halia selama 5 minit.
  2.  masukkan air dan semua bahan perasa. masak hingga ayam lembut. 
  3. masukkan mee udon dan sawi dan didihkan selama 5 minit. 

21 February 2011

tiramisu for a friend

*to a friend - harap dapat makan dengan aman sambil mata terpejam :-p

hari tu dah janji tak mau buat dah. tapi mengenangkan permintaan bersulam selikan dengan muka kasihan, maka jadilah juga satu tapawe. kali ni chun dah tau sapa original chefnya. kebetulan lalu jalan-jalan di rumah cikmin,  nampaklah video ni. jadi kalau berminat nak tau macam mana nak buat tiramissyu ni, bolehlah skodeng ya.

20 February 2011

nasi goreng SLMSH

pagi ni chun kena kejutan dari blogger dot com. apa tak nya - your blog have been removed. sakit perut teruih lepas baca. sapa pula rajin pi remove blog cek nih. nak buka blog pun tak berjaya. kawan-kawan pun lagi lah tak boleh. keluar ERROR 404 - blog not found. 

bayangkan posting yang berjumlah 211 ni hilang macam tu saja. walaupun blog ni baru dan posting pun sikit tapi chun sayang woo. boleh buat rujukan sendiri pada masa depan. ni lah blog tok, cu..
ehhh bila kau kawen ni cek chun? tetttttt!!!!

hari ni lepas segala teknikal problem berjaya di setel, maka acara membelek gobok untuk lunch pun bermula. nampaknya ada sotong. cantik. nasi semalam pun ada sikit lagi. maka projek pun bermula. jadilah nasi goreng sotong lobak merah sawi halia.. nama tak boleh blah punya.. :-p

bahan-bahan
  • 3 ekor sotong kecil - potong bulat
  • nasi semalam 
  • lobak merah - julienne 
  • sawi - potong 1 inci
  • halia - julienne
  • bawang putih - hitis nipis
  • 2 camb sos cili
  • beberapa titik sos seasoning 
  • lada hitam
  • garam
  • kicap - secukup hitam
  1. panaskan minyak dan tumiskan bawang dan halia.
  2. masukkan sotong, lobak merah dan sos cili. goreng hingga sotong masak.
  3. letak semua perasa dan kemudian nasi serta sawi. kacau 5 minit dengan api kuat

mee udon goreng

chun kenal dengan mee udon ni dah lama. masa dok makan sushi, jadi berkenalan lah dengan mee udon. rasanya yang kenyal tu memang bikin syiok nak gigit. masa tu chun try udon sup. ada letak udang tempura dan supnya cuma gelap sebab letak kicap. sejak dah tau sushi king guna mirin yang ada alkohol, chun pun dah sentap nak ke sana. the best solution? masak sendiri la.

chun punya hobi menjengok lama-lama di pasaraya. lalu di setiap lorong, boleh dok belek botol sos, kicap, pesto, kicap hitam, kicap manis, sos tiram, minyak bijan dan segala macam botol lagi. tengok apa yang baru di pasaran. kalau best, boleh cuba. kalau tak best pun, chun jadikan sebagai pengetahuan am saja. jadi bila dok jengok blog masakan dari sifu-sifu, tahu la sikit apa sos, rempah atau ramuan yang digunakan.

dan hasil belekan ini juga, chun kenal dengan mee udon ini. tempatnya di bahagian sejuk, dekat dengan segala jenis tauhu dan mee. udon ni ada 3 bungkusan kecil dalamnya. boleh masak 3 kali. harga dalam rm4.

untuk sarapan, goreng saja tanpa cili.sebenarnya malas nak blend. pakai sos cili saja. lepas ni kena buat stok cili lah jawabnya.

bahan-bahan
  • 1 bungkus kecil mee udon
  • 2 camb sos cili
  • 2 camb kicap
  • 1 camb sos seasoning maggi
  • 2 bawang putih - ketuk dan hiris 
  • sedikit sawi
  • 2 sosej - potong menyerong 
  • secubit secukup rasa granule 
  • sedikit lada hitam
  1. tumis bawang putih sebentar, masukkan sosej dan goreng hingga separuh masak.
  2. masukkan sos cili, kacau sebentar dan masukkan udon. 
  3. letak semua bahan perasa, garam dan kalau kering, masukkan sedikit air.
  4. akhir sekali masukkan sawi dan goreng sebentar.

19 February 2011

sticky chicken wings : sayap ayam melekat lekit

resepi ni chun google dah lama. siap simpan dekat desktop. takut lupa dah payah la pula nak cari dah. bila tengok ramuannya, semua kebetulan ada dalam stok. jadi perlu cari sayap ayam saja. sangat tak suka bila makan di pizza hut, chicken deli wings tu selalu rasa tak sama. kadang kering rentung ayam tu.

bila dah jumpa resepi mudah dan memang popular pun kat my resepi nih, rugilah kalau tak buat kan? nak ratah pun menarik nih. chun makan dengan mee udon yang digoreng dengan kicap dan sawi. tak perlu nak panggang atas bara api atau dalam oven.

resepi  dari mutiarazura @ my resepi.
bersedialah untuk melihat resepi baru ini semasa bbq hari raya nanti wahai adikku, nuon :-p


chun kopipes saja. thanks for the lovely recipe ya :)

bahan-bahan
  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu 
  • chun tambah beberapa titik sos seasoning maggi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!


18 February 2011

pumpkin pie


 sudah lama chun teringin nak mengepai. tapi part nak menggelek itu membantutkan harapan. bila tengok si rachael alan dalam Bake, terus keinginan melonjak kembali. mudah rupanya dia bagi tip. caranya simpan doh dalam plastik cling wrap selama 30 minit dalam peti sejuk. kemudian lapik cling wrap atas permukaan meja kerja dan gelek sebesar acuan. tak perlu nak tabur tepung dan perkakas mengelek pun bersih cantik.

jumpa pula sebelah labu ni cuma rm2 kat pasaraya, terus grab la. balik rebus, lenyek dan simpan dulu dalam peti sejuk. esoknya baru mula sessi mengepai. chun guna beras untuk letak atas pai semasa blind bake. beras tu boleh disimpan dan digunakan untuk sessi mengepai yang akan datang.

dah lama dok usya blog k nannie nih. teruja tengok dia punya tajuk - pai labu sedapnyaaa.. ya kak..memang sodap ni. kawan-kawan pun setuju. ni chun kopipes saja dari blog nannie.



SWEET SHORT CRUST PASTRIES

Ingredient:
A
200gm plain flour
20gm milk powder
11ogm butter
50gm icing sugar
1 1/4 salt

B
2 1/2 table spoon water

METHOD :

-Mix ingredients A till crumbly . Add in ingredients B, mix to form dough.

-Shape it into ball and press it flat. wrape it up with plastic and chill it in refrigerate for 30 minutes.
Ingredients:
1 portion sweet short crust pastry

Fillings:
A
400gm pumpkin

B
110gm brown sugar
120ml UHT whipping cream
3 eggs [B]
1/2 teaspoon ground cinnamon
1/2 teaspoon groung ginger
1/8 teaspoon groung clove
1/2 teaspoon salt

METHOD:

Dough:
-Roll short crust pastry into 3mm thickness,press it into mould. Bake in preheated oven at 175 degree celcius for 15 minutes or untill the pastry turns light golden brown.Remove and set aside.

Fillings:
-Steam pumpkin untill softens. Mash it and mix it with Fillings B.Filter it.

-Pour the fillings into pie mould, bake in preheated oven at 180 degree celcius for 40 minutes.

17 February 2011

cafe puncak mutiara kg pelet

 lama dah dengar kawan-kawan bercerita pasal restoran ni. katanya semua daging datang dari kandang di belakang kedai saja. ada kambing, arnab, ostrich, ayam dan rusa. kalau dah semua depa bela, tentulah fresh dan murah kan. semangat berkobar-kobar nak tengok sendiri rupa kedai makan di dalam kandang ni.
 memang suka sungguh bila masuk. ala2 naelis pun ada. banyak tempat makan. boleh pilih gazebo, atas kerusi batu, dalam rumah kecil bertingkat. dalam tempat aircond dan juga bersila. awas jangan datang semasa hujan. bau bucuk la jawabnya.

sebelum makan, reserve dulu tempat dan bawalah bersiar-siar di ladang luas ni. ada kolam ikan. boleh memancing dan tangkapan akan dimasak mengikut kehendak pelanggan. ada ostrich yang besar mak aihh tiga ekor dalam kandang. boleh bagi makan ikan koi dalam kolam. satu bungkus food palet seringgit cuma. boleh kacau kucing gebu ni. rasa macam nak poluk-poluk belai ekor kembang dia.

bila dah penat berposing, maka belek-belek menu yang cun melecun yang bikin orang susah nak pilih sebab semua makanan nampak sedap. rombongan 5 orang jadi ada 5 jenis makanan yang berbeza. nasi briyani gulai ayam kampung rm6.90.

 briyani kaki kambing rm18.80. banyak mendengar cerita pasal makanan yang ni. nasinya lembut. daging juga maha lembut. air asam sedap. tapi dalca kurang menyengat. kering saja rupa hidangan ni. keciwa.
 briyani puncak mutiara special. ada ayam kismis, telur dan daging. set dengan air buah. rm19.90
 cendawan mutiara yang sedap untuk kudapan. rm5. garing dan berempah. ABC puncak mutiara yang memang sangat tinggi sampai bahan pun tak cukup lah dalamnya. terpaksa minta mangkuk kosong untuk 4 orang.
bbq spring chicken rm18.80. terhangit la sikit tu. coselow sedap, begitu juga kuah black pepper. sate kambing dan kuah kacang juga sedap. sangat moist. rm1.80 secucuk. sate ayam dan daging rm0.60 saja.

tempat ni cantik untuk dilawati. sekali sekala ubah selera. ada western dan malay food. harga mahal. steak bermula dengan rm30 ke atas. pelik juga memikirkan. daging semua dari ladang sendiri. dah tu nak mahal kenapa?

cafe ni terletak berdekatan dengan Penanti, kubang semang,  seberang perai selatan. kena lalu betul-betul depan rumah orang. jalannya muat satu kereta. tempat parking luas sangat.
dah dalam ladang kan..

11 February 2011

sala klasik : western food

restoran ni tiap kali chun pi, mesti penuh dengan orang. mungkin sebab parking senang. kalau dulu kami datang pekena seafood, kali ni semua nak makan burger king. dengar cerita tinggi la bebenor. macam tak percaya saja. jadi mesti lah check dulu kan :)

restoran sala klasik ni ditepi jalan saja. kalau dari bandar alor star, sampai saja ke pekan simpang kuala, belok kiri ke jalan alor mengkudu. rombongan penuh kereta, jadi haruslah ambik bermacam menu. ada burger king - yes. its sound cheesy. mujoq tak kena saman dengan actual burger king, chicken chop dan bbq beef.
 chicken chop dengan black pepper sauce. harga dah lupa. tak lebih rm10. chun lebih prefer grill chicken chop. coselaw takda mayonis. pelik tapi benar.
 burger king yang di gembar gemburkan tinggi itu. rupanya daging burger disalut dengan breadcrumb dan digoreng. ada telur sebiji. sayur macam biasa kita jumpa dalam burger. dihidang bersama sosej dan kentang goreng. rm5.
 ini bbq beef yang diperap dan dibakar dengan ceri tomato, bawang besar, nenas dan capsicum. dimakan dengan sos thai yang masam manis. ada 6 bilah kebab dalam pingggan. rm12.
hiasan yang comel. tomato dihiris nipis dan digubah seperti bunga ros dan disarungkan dengan kepingan bawang holland. salad dan nenas yang diletakkan bersama hidangan ini juga banyak. cuma salad tu tak ada dressingnya. 

09 February 2011

sizzling mee tanpa hot plate

minggu lepas chun terpana seketika bila melihat gambar di blog suri solehah. nampak lazat sungguh sizzling mee yang dibuatnya dan dimakan sebagai sarapan. walaupun cik abang dia ragu-ragu, bertambah jugak lah pagi tu. kalau bagi kat cek chun buat sarapan? pasti tak menolak punya. tengok cendawan shitake tu pun daku dah terliur.

resepi ni cik suri ambil dari kak nor secubit garam. minta izin kopipes terus sini ya.

Bahan-bahan
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee - chun guna ban mee, celur sebentar untuk hilangkan kanji dan basuh.
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 - guna fresh ones)
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin - tak letak
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan**
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara2:
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

verdict: walaupun nampak tak semengah macam mee yang suri buat, tapi rasanya sangatlah sodap. tak sangka mudah nak buat. letak minyak bijan memang lagi power. bau harum semerbak.

08 February 2011

easy grill chicken chop

 menarik tak tomato ni? segar dari ladang tau. sepupu chun tanam di ladang di Bukit Tangga. budak bertuah ni suka sungguh berbudi pada tanah. asalnya menyertai skim graduan dalam bidang pertanian. asalnya berkelulusan dalam kejuruteraan mekanikal. bila dah tak dapat kerja, dia belajar menanam di institut pertanian di kawasan tersebut. sekarang mengusahakan tanak pertanian bersama rakan-rakan yang sealiran. ada jagung, cili dan yang terbaru ni tomato. comel-comel tomatonya. mungkin percubaan pertama. jadi bantat sikit lah :)

memang jenuh makan sayuran yang dia tanam ni. masa dia mula belajar menanam, penuh depan rumah dengan pokok yang ditanam dalam poli beg. tanahnya cuma sekam padi. dan kami semua sudah mengkendurikan kobis, terung, sawi dan berkilo-kilo cili merah.

 balik kampung sempena cuti tahun baru cina, tentulah tak lengkap kalau tak buat kenduri makan-makan bersama. memang sempoi habis pun sebab buat pun tanpa perancangan. bila dah ke tesco tu, tentulah banyak yang idea datang. semua benda nak masak. tapi yang pentingnya kena cari yang murah la. kebelakangan ni, semua benda dah mahal. bila nak ambil barang, kena pikir dua tiga kali. berbaloi ka? boleh ganti dengan yang lain ka? sampai macam tu sekali it hit me.

chun beli tiga ketul paha ayam ni dan balik buang sendiri tulangnya. terpaksa. kalau beli chicken chop frozen yang dah siap dibuang tulang agak mahal. lamb pula ada promosi. jadi terbaik la untuk buat lamb chop.

marinate:
  • sos HP - dalam botol biru
  • sos perasa Maggi - 2 titik untuk setiap ketul ayam atau kambing
  • knor pasti sedap seasoning - 2 camb untuk 3 paha dan 4 lamb chop
tak payah garam sebab semua sos tu dah masin. marinate selama 2-3jam dan masak dalam kuali saja. 
resepi untuk mashed potato dan coleslaw ada di sini.

07 February 2011

banana chocholate square : gobu dan mantop

merata orang dah pulun buat, chun baru terhengeh-hengeh nak mengadun. buat pun untuk dibawa makan-makan dengan kawan sekerja. lembut saja kek nih. nak kata kek pisang, tapi ada coklat. memang wangi semerbak dalam rumah masa membakar.

chun buat dua adunan. masukkan dalam loyang yang disertakan dalam oven tu. selepas habis buat conteng-conteng dengan coklat, chun ketuk sikit loyang kasi semua rata. adunan ni agak keras. mulanya takut juga kot-kot tak jadi. alhamdulillah. ramai yang suka. atas tu chun tabur choc chip dan kismis.

ni chun guna resepi rima yang cun melecun - gambar, kek dan orangnya sekali.
thanks in advance ya rima. you are such an inspiration :)

Ingredients
1/2 cup butter - 113g
1 cup sugar
1 egg
1 tsp vanilla extract
1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas) - chun guna 1 cawan pisang lenyek
1 1/2 cups flour
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1/4 cup baking cocoa
1 cup chocolate chips
* tambah kismis dan hirisan badam untuk topping


Method
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch (I used 9x9) baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 170C for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...