18 October 2010

bila budak-budak yang masak

 minggu ni chun terlibat dengan perkhemahan untuk unit uniform. selalu mesti ada pertandingan masak antara unit uniform. pelajar terdiri dari murid tahun enam yang mewakili Puteri Islam, Pengakap, KRS dan St John Ambulans. masing-masing bertungkus lumus menyiapkan hidangan petang. setiap unit diberi peruntukan untuk membeli bahan-bahan untuk memasak.
 masakan yang paling popular mestilah sandwich. semua ni dimasak sendiri oleh mereka dengan  pengawasan guru. mereka dibekalkan dengan dapur mudah alih, periuk dan kuali. selepas siap untuk penilaian juri, masing-masing menjamu selera dengan masakan sendiri.
 ada sandwich sardin, sandwich telur siap dengan bermayonis. yang paling tak tahan tu, ada dodol goreng. lebihan raya hari tu kot :)
buah melaka adunan puteri-puteri islam. hebat budak-budak ni, takda yang pecah pun :)

2 comments:

Mat Gebu said...

Tapi idea dodol goreng tu bijak!..abah saya pun dia ada cakap dulu, arwah nenak ada buat dodol goreng, kira tradisi juga tu kan...and i salute menu buah melaka tu....menawan!!

cek chun said...

cantek kan buah melaka tu mat :) comey lotey belaka. chun pernah makan dodol goreng macam tu, tapi jarang jumpa belah-belah utara ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...