10 October 2010

olio olio ho ho

oleh kerana teruja dengan carbonara spageti yang dibuat oleh kak ija dan dibawak untuk dimakan beramai-ramai ke tempat kerja, maka balik rumah, chun pon godek la gobok kot-kot ada bahan yang boleh dijadikan carbonara.

huhh.. jangan katakan carbonara, bolognese pon tak lepas. cuma ada sepeket spageti dan daging dalam peti sejuk. mulut dah teringin spageti ni. adeh.. olio la jawabnya. paling senang dan tak banyak bahan.
bahan asas olio ni cuma cili kering, bawang putih dan minyak zaitun. pernah tengok jamie oliver letak basil leaves at the end of the cooking. bayam pon ok lah noo, janji nampak macam basil..hehehe

bahan-bahan
  • spageti dicelur hingga al dente
  • daging direbus hingga lembut
  • 3 cili kering - potong pendek-pendek
  • 2 bawang putih - hiris nipis
  • segenggam daun bayam
  • 3 camb. minyak zaitun
  • 1 camb oregano kering mc cormick
  1. panaskan minyak zaitun, goreng bawang dan cili kering, jangan sampai kuning. masukkan bayam dan goreng sebentar.
  2. masukkan spageti dan goreng rata. masukkan sedikit air rebusan spageti untuk mengelakkan spageti kering.
  3. masukkan perasa. chun guna sos L&P dan oregano yang telah ditenyeh-tenyeh di tapak tangan untuk mengeluarkan bau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...