malam tu mood cek yang dah goyang ala-ala puding laici dangdut ummi telah kembali bercahaya, bersinar, berkilauan bak selepas memakai alat permata Hijrah tu selepas di suruh oleh adik cek untuk menge check blog maifood.
tulisnya kat FB - "cepat cek blog hang. mat gebu komen tuh"
sepantas kilat cek klik kat mozila firefox tu. dan terbentanglah komen cek mat macam dalam gambar nih. wahhhh..cek dah senyum sampai ke telinga. sebagai blogger baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni, komen cek mat tu macam pendorong untuk cek buat yang lebih baek lagi.
cek mat ni kira otai la dalam dunia masakan melayu. sapa yang tak kenai blog dia. rupa dia saja yang orang tak tau. low profile orangnya. masakan dia semua mantap. tu tak masuk pinggan mangkuk lagi tu. ada kawan cek sampai sanggup nak p rumah cek mat nih. semata-mata nak tengok pinggan mangkok dalam almari tuh. hehehe.. macam-macam.
to incik mat, tq so much for the comment. mungkin cek mat tak sedar, komen sedikit tu lah yang buat cek berkobar-kobar nak menulis lagi :D
2 comments:
Erkk....hehe, allahh, exceli saya skodenga2 tapi tu hari baru tinggal komen...terima kasihh...
che mat..kakak sy nih mmg pengikut setia che mat..bab tu dia teruja sangat dan saya pun tumpang sekaki la.huhu
to che mat:: sila la lawat blog sy yg xseberapa nih http://manikqueen.blogspot.com/ tp ni bukan blog masakn. kalu nk tempah manik ka..kawan2 nk tempah manik baju raya ka..silakan.ehhehe TQ ;)
Post a Comment