06 October 2010

makan-makan di JEMPUTREE

sebenarnya dah lama kak ija bagitau pasai tempat ni. tempat ni agak tersorok walaupun terletak ditepi jalan raya yang sibuk. kalau tak perati betul-betul, memang boleh terlepas. rupanya pintu utama terletak di jalan sehala yang menuju keluar ke jalan utama. patotla semua orang tak perasan. chun pun jumpa pintu utama selepas kami pusing-pusing mencari jalan keluar selepas dah makan dengan kenyangnya kat sana.

tempat ni ada gazebo untuk kita makan bersila. ada satu pondok di atas pokok besar di situ. tapi semasa kami di sana, tempat tu dah dipenuhi pelanggan. pokok-pokok besar banyak di sini, sebab itulah ramai yang tak perasan restoran ni. walaupon selalu dok lalu jalan ni ke Gurney Plaza.
antara makanan yang di makan pada malam tersebut. fish and chip yang biasa-biasa. dalam belasan ringgit.
nasi goreng nyonya rm5.90. munah kata dia goreng nasi lagi sedap. hehe
a must have <- ini dicetak dalam menu, jadi kami pon try la. rm4.50. not bad. pernah tengok dalam blog (lupa nama blognya) yang rupa cucur bilis ni sepatotnya ikan bilis sekor-sekor tu di salut dengan tepung. tapi masa kami makan tu, cucur nya dah macam rupa cucur yang di buat dirumah jer, bulat-bulat besar :P ikan bilis sekor-sekor tu ada la beberapa ketul saja. chicken cordon blu rm17.50. biasa-biasa saja. dada ayam yang diletakkan salami ayam dan keju kemudian digulung, di bredcrumb kan dan digoreng. pizza marinara yang berharga belasan ringgit. lambat sikit nak masak nih. mungkin depa baru nak tangkap sotong kot :P tapi sedap la. ada tuna, sotong, kepah. tak kedekut keju mozarella. terubat hati sebab kempunan nak makan pasta marinara. waiter tu kata pasta semua tak ada cuma spageti bolognese saja. iskkkk.. kalau camtu, buat apa penat-penat print menu segala macam jenis pasta ada. buat orang terliur saja.
chicken chop dengan sos black pepper. sedap. harga belasan ringgit. ayamnya digril bukan di goreng.
deretan air yang di minum secara bergilir-gilir pada malam tersebut :P ABC (rm4.50)tu sedap dan menarik. banyak isi segala macam dibawah ais. chun try virgin mary (rm9.90)- mocktail segala jenis jus, diatas letak whipped cream dan geradine syrup. kami juga minum ice capucino yang rupa macam milo ais tu.

3 comments:

ana ayesha said...

gbr pertama si kecik tu pandainye posing

mkn ni semua buat sy terliur ler

Jom baca : Satu Kisah Untuk Renungan Kita Bersama

cek chun said...

c kecik tu memang kaki posing. pusing kiri ker kanan ker smua dia boleh buat :p

nurul mansor said...

huh saje la nih nk tunjuk dkt aku kan,,,grrrrrrrrrrrrrrrr... tp rasanya kalu aku p mesti akan komplen sbb nmpk cam xsedap je..bilis tu pun,nasi munah grg lg sedap..lagi apa?pizza?? ok la... fish n chip?biasa ja :)) erm...rasanya yg tertarik mybe minuman nye la kot huhu :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...