20 October 2010

laksa kedah

 laksa. makan hari-hari pon takpa. chun suka kalau guna laksa yang licin. balik cuma rendam dalam air panas 2-3 jam lepas tu dah boleh makan. kalau laksa kering pula, sebaiknya guna laksa bihun yang halus uratnya. senang serap kuah. sekali ngap nak ngap lagi dan lagi :P

kuah laksa ni chun buat guna 9 ekor ikan je. campur ikan selayang sama kembong. rebus ikan dan blender isi sahaja. kadang-kadang orang ambil air  blender tulang ikan tu, tapi kena tapis betul-betul la. kang dok sedap-sedap hirup kuah, tercekik tulang kang.

sebelum tu, blender la cili kering dalam 10 tangkai. lagi banyak cili. lagi pedas kuah. bawang besar letak banyak-banyak untuk maniskan kuah. selalu chun letak 5 biji.campur belacan sikit dan blender sampai halus. masak atas api perlahan dengan 6 asam keping hingga agak kering cili.

masukkan isi ikan dan air rebusan ikan tadi. kalau kuah masih pekat, masukkan air biasa je. masukkan daun kesom dan bunga kantan yang telah dipotong 4. masak dengan api perlahan dalam 30 minit. masukkan garam. rasa masam dan masin laksa. kalau tak cukup, masa ni la chun tambah asam keping dan garam lagi.
daun selom pilihan untuk ditabur atas laksa. timun dan bawang jangan dilupa. telur direbus dan potong-potong kecil kalau ramai tetamu :P laksa kali ni chun guna jenis kering dan agak liat dan besar uratnya. rendam 3 jam lepas tu chun rebus dalam rice cooker. sangat lah senang. liat pon hilang :)

9 ekor ikan ni pon dah cukup makan untuk 5 orang bertambah dan siap ada lebihan kuah lagi. besok petang makan lagi. lagi lama simpan, lagi menarik rasanya. kalau dah jemu, simpan je laksa dalam peti sejuk. besok boleh buat laksa goreng :)

2 comments:

NisaUsoff said...

laksa goreng camne buat? sama cam mee goreng ke huhuhu

cek chun said...

satg cek aplod naaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...