owhhhh.. patot laa. pandai depa bagi nama kedai. semua yang beratoq panjang ni masing-masing perot lapar rupanya. tengah malam pon cari nasi ka bang.. sekali sekala kak chik. kalau selalu, mau sakit lutut ni kena berdiri lama.
kedai ni dibuka selepas jam 10 malam. sebab kami ke sana on weekend, nasib la badan. beratoq sampai 45 minit. pelanggan nak marah pon tak boleh. kan dah tulis kat signboard tu nasi beratur. hah.. beratoq la.. jangan cakap banyak lak. lokasi di jalan masjid kapitan keling. betul-betul tepi masjid tu.
apa yang hebat sangat ni? lauk-pauk nasi kandar macam biasa ja. macam awak jumpa kat Pelita, Kassim Mustafa atau Kayu. tapi sini lagi limited. sayor ada 2 ja. kobis goreng layu dan bendi rebus. ada ayam goreng, ayam masak merah/madu, daging masak hitam, kurma kambing, ikan goreng, gulai sotong dan ketam.
makcik Nibong Tebal kata rempah makanan yang kami makan tu, semuanya elok masaknya. pakcik Klang pula kata nasi kandaq ni paling sedap antara semua. kemarin dia dah try nasi kandar Line Klear. chun pula kata boleh tahan. cuma daging tu ja masin. yang lain masak elok, tak ada terlebih atau terkurang mana-mana.
bukti makanan sedap hingga licin semuanya |
*sebenarnya depa ni boleh ja buat 2 barisan. saja nak dera pelanggan la ni. suroh beratoq lama-lama. lepas tu boleh makan banyak sikit. bijak strategi meniaga depa ni. kalau cepat sangat serve kang, hilang lak nama beratoq tu. dah tak pasai-pasai kena cari nama lain lak :P
No comments:
Post a Comment